Click klik

Friday, December 24, 2010

Sepetang di Zoo Lipis

Assalamualaikum..

Sebenarnya dah lama nak bawa anak-anak jalan gi Zoo, tapi memandangkan diorang masih agak kecil dan sukar dikawal, maka selalulah agenda tersebut tak jadi. Tapi kat tempat kami ni ada mini zoo, cuma setelah 5 tahun tinggal di Kuala Lipis ni, ni lah first time pergi melawat zoo ni.

Bayaran masuk tak mahal pun, boleh gi selalu sambil mengisi masa petang hari. Dewasa 2 henggit dan budak-budak singgit aje, jadi kos masuk zoo petang ni 6 henggit ajer. Kalau masuk zoo negara berapa ha? Dah lama tak gi sana.

Banyak juga haiwan kat zoo ni. Yang kecil-kecil aje la, gajah, harimau, singa, zirafah dan gajah memang tak ada. Setakat nak nengok beruang, ular, kura-kura dan burung-burung ok la..

Jom layan gambar

 Baru masuk. Kakak tak sabar dah nak tengok haiwan.


 Burung kakak tua.. nenek sudah tua, giginya tinggal dua..


 Adib Wajdi yang geram tengok burung (sebenarnya burung tu yang geram tengok Adib Wajdi)

 Renungan mata yang menggoda..


 Kucing batu yang macho.. Cool aje

 Saya ke?? Macam makin tembam aje


Adib wajdi yang tak mau balik. Nanti kita datang lagi yer.. Jom balik, dahi dah kena gigit nyamuk tu


Kalau ada kelapangan, boleh la bawa budak-budak ni lagi. Tapi lain kali kena pakai track suit ngan kasut sport la. Jalan berbukit. Kakak Mia pun tak boleh la pakai gaun, pakai seluar panjang yer. Adik pun kena pakai kasut.

Sunday, December 19, 2010

Masak pa ..

Selamat petang semua..
Masak apa hari ni?
Bungkus aje? hehe

Hari ni En Awang masak sira labu. Makanan kegemaran papa.
Dah lama papa bagi hint nak makan sira labu yang En Awang masak.
Hehe, En Awang ni masa bujang dulu rajin dan terer gak masak-memasak ni.
Cuma lepas kawen, dia slow skit. Tapi lama tak masak, nanti hilang pulak skill tu kan.
So, hari ni En Awang daling mengasah kembali bakat memasaknya tu.





sira labu posing atas dapur

Saturday, December 18, 2010

Sehari lagi...


Ada apa dengan sehari lagi,

Hari ini hari Sabtu dan esok hari Ahad. Pas tu hari Isnin.
Ada apa dengan hari Isnin?
Biasanya kalau hari bekerja, hari Isnin la lemah skit, maklumlah tak puas berehat hari Ahad.
Tapi hari Isnin ni best sangat.
Hari gaji ke?
Kalau gaji pun best sangat juga.


Dewan dah kosong


Peperiksaan SPM tamat. Maka berakhirlah tugas sebagai pengawas exam. Kepada kawan-kawan tang turut bertugas, tahniah, kita boleh bercuti dengan tenang..

Friday, December 17, 2010

Tiru macam kakak



      Sementara adik menyepah dan menghuru-harakan rumah, baik kakak baca buku..

toys.. di mana sahaja.

Lama tak update blog ni. Sibuk tu, tak la, malas aje dan takde mood.
Cuti ni macam suri rumah la, kemas rumah, masak, jaga anak, pas tu masak lagi, kemas lagi. Penat rupanya jadi suri rumah ni. Tabik spring la kepada suri rumah yang sabar dan gagah buat semua kerja rumah. Lama-lama cuti, rindu pulak kat sekolah.

Cerita balik pasal jadi suri rumah cuti ni, mengemas rumah tu, tak la rajin sangat. Pasal rumah kami ni sempoi aje. Tak ada perhiasan pelik-pelik dan bling-bling. Pasal budak-budak sedang membesar dan saiz rumah ni pun bukan besar sangat. Rasa-rasanya setiap hari, lebih dari dua kali menyapu dan kemas rumah. Budak-budak ni, biasa la menyepah rumah. Tapi yang tak laratnya, barang mainan diorang ni, tak sampai seminit kemas, mesti sepah balik. Kalau tak kemas nanti, serabut mata nengoknyer. Simpan tinggi, nanti dicapai juga. Tak beli nanti, kesian pulak. Barang mainan ni pun bukan la yang mahal-mahal. Tapi kalau dalam rumah ni, barang mainan boleh jumpa kat mana-mana. Dalam bilik air pun ada.


Siapa juara menyepah?

Dan banyak lagi yang tak muat masuk dalam gambar ni. Bila mama diorang bertukar jadi hijau macam Hulk, si Kakak pun tolong la kutip bear sekor dua. Si Adik buat tak tau, dicurah lagi atas lantai ada la.

Monday, December 13, 2010

apa cer...

Apa cerita hari ni?
Mood malas nak tulis diari hari ni.
Exam petang. Nengok bebudak melukis petang ni. 
Apalah yang diorang lukis agaknya.
SPM habis 20 hb nanti. Lama lagi nak ngabisnyer. 
Kalau budak-budak yang exam tu merdeka, yang jaga exam macam saya ni pun merdeka la juga..

Tuesday, December 7, 2010

Rabbit makan apa?

Kisahnya hari ni makan keropok lekor yang abah beli di pasar malam. Sambil makan kat dapur, lepak-lepak sambil layan anak-anak dua orang ni. Macam biasala, si kakak yang sedang aktif bercakap akan mengajukan semula soalan-soalan yang biasa mama dia tanya.
Contohnya. kalau selak-selak buku dia akan tanya " Mama, mana bunga?" Saja nak test mama dia macam mama dia selalu test dia la.

Kalau kita buka peti ais dan dia nampak lobak dia akan tanya.
"Mama, rabbit makan apa?"
"Carrot". Jawab mama.
"Mama, mama, lembu makan apa?" tanya si Kakak lagi.
"Rumput". Jawab mama acuh tak acuh pasal mama sibuk kat dapur.
"Bagus ! Tepat sekali" Lagak seorang cikgu pula si Kakak nih..

Sambung cerita masa makan keropok.

Sambil landing sebelah abah dia, si kakak pun borak-borak dengah abah dia. Mama dia tengah suap adik makan. Sambil tu mama bodek la Kakak supaya makan. Kakak ni memilih skit bab makan ni. Cerewet la pulak.
Mama pun start tanya dia.
" Kakak, rabbit makan apa?"
"Emmm... Carrot"
" Pandai. Lembu makan apa?" Tanya mama lagi.
" Rumput" Jawab kakak dengan mata pandang syiling rumah.
Soalan ni mama tak pernah tanya. Tapi tak tau la kalau dia tahu jawab.
"Kucing makan apa?" Tanya mama sengih-sengih pasal, kalau dia tak dapat jawab mama akan bagi jawapan ikan.
"Emmmm....." Mata dia jeling-jeling pandang atas, pandang bawah, sengih-sengih kat abah dia.
"Kakak, kucing makan apa? Tanya mama lagi.
"Emmm... Makanan kucing la" (Mama tak berapa dengar dia jawab, abah yang dengar)
Hahahahaha... mama gelak...
"Ikan la... " Kata mama.

Hahahaha... Abah pulak gelak kat mama.
"Betul la dia jawab. Makanan kucing..Hahaha"
Hahaha.. Mama pun gelak.. Malu sendiri pulak mama

Cuti yang lemau...

Orang lain suka kalau cuti.
Saya pun suka.. Suka sangat.
Tapi kadang-kadang lemau juga cuti kalau tak ada apa nak buat.

Ada masa kekadang tu nak sangat cuti pasal penat banyak kerja.
Tapi kalau cuti, banyak pula kerja kat rumah.
Kalau gi jenjalan pun balik rumah penat semula,
Tapi ok la best boleh g jalan-jalan.

Cuti sekolah hujung tahun macam ni, kena pulak time hujan...
Tido aje la.. Anak-anak tido, mak dengan ayah pun tido la..
Sedar-sedar aje perut lapar la pulak..
Cari makan.. Pas makan lepak-lepak depan tv..
Boring la pulak..
Nak kuar ronda-ronda, hari hujan..

Emmm...
Lemah aje rasa badan..

Huarghhhh...
Mengeliat sikit, betulkan urat-urat yang dah 31 tahun nih..

Meh kita main masak-masak kat dapur jom..
Pas tu kita makan lagi yer..
Hehehe..

Selamat menikmati hari cuti..

Bila malas...

Malas apa?
Malas nak up date blog ni la..
Tapi ada perangai baru..

Tak leh jadi macam ni..
Selalu nengok aje En Awang membeli baju kat on line, 
tiap minggu kekadang tu..

Heheh..Kali ni kena batang hidung sendiri..
Hari-hari dok BW kat blog jual baju..
Hehe.. Best aje nunggu pos laju datang..

Pokai kalau hari-hari macam ni..

Tuesday, November 30, 2010

Alhamdulillah..

PTK akhir yang berjaya setelah banyak kali mencuba



  










         
 

Tarikh Kod Kertas Komponen Keputusan
 16/10/2010701/01 GENERIKA
 21/08/2008701/02 FUNGSIONALIV
    
   KEPUTUSAN KESELURUHANIV
 

Friday, November 26, 2010

Jalan-jalan cari makan..

Jalan-jalan cari makan sarapan pagi.
Hari ni melawat kedai Moksu Saba lagi.
Nanti bila senang kita ambil gambar Moksu Saba yang cun tu.
Lepas makan singgah kejap rumah papa.

Macam biasa la budak-budak ni kalau gi rumah atuk diorang kena la naik motor dua tiga round dulu.
Tapi hari ni tayar motor atuk kurang angin, jadi kena la gi pam tayar dulu.

Meraung la si Adik ni pasal lambat dapat naik motor...
Habis la minyak motor atuk..hehe




Gaya hero tak dapat meronda kampung

Wednesday, November 24, 2010

Sembang kedai kopi..

 Hari kedua mengawas periksa, dah boleh sesuaikan diri dengan suasana dewan dan dah cam muka budak-budak. Sekolah yang 100 peratus Melayu dan beragama Islam. Mana budak-budak yang baik senyum aje, dan akan ucapkan terima kasih masa kertas diedarkan. Tapi ramai juga yang tak faham bahasa. Nak bercakap aje, banyak kali dah teguran dibuat. Tu satu hal, mulut diorang ni mengunyah chewing gum aje, kuat pulak bunyinyer.. Semalam dah tegur, hari ni buat balik.

Apa-apapun, hari ni makan dan lepak-lepak kat kedai Moksu Saba lagi. Macam-macam hal yang kami sembang. Hal anak-anak la, hal orang kampung la. Dan yang paling penting, nasihat Pak Mat pembantu kedai Moksu Saba supaya beranak ramai-ramai..hehe ..kuang-kuang..



...............................................................................................

Tuesday, November 23, 2010

Camne jaga pekse ari ni?

Hari ni hari pertama jaga peksa SPM. Biasanya,sepanjang saya jaga budak peksa, mesti dapat skolah yang ada dewan besar, tapi kali ni tak ada. Budak-budak ambil exam dalam kelas yang dibuka menjadi dewan. Sempit la sikit. Nak berjalan pun payah, kipasnya pulak no 5 macam no 1 aje kelajuannya. Panas weh..


Ngantuk, ngantuk juga. Lenguh juga la kaki berdiri. Emm sambil nunggu exam waktu petang yang start pukul 2, gi la lepak sorang-sorang kat kedai makan tepi jalan. Kedai tu kitorang panggil kedai Moksu Saba. Biasa sangat gi kedai dia, pasal kat area-area rumah papa aje. hehe. Lepak situ sambil borak-borak dekat sejam dengan Moksu Saba, pas tu pusing balik kat pusat exam. Sambung kertas Bahasa Melayu 2. Mata pun layuuu... Pasal makan nasi.. Mmm Tak diet hari ni.. hehe. Tapi lupa nak cerita apa kita makan. Nasi + ayam goreng 2 ketul + sayur 2 jenis + teh O ais. Berapa korang teka saya kena bayar??? RM 3.00?? aje... Macam tak percaya pulak.. Kalau hari-hari makan macam ni, tak turun la berat saya..

Sampai rumah aje pas ambil anak-anak dah pukul 5. Cik Awang pula nak gi tengok ada anak sedara dia yang keretanya rosak tepi jalan. Call tadi pun masih tak settle lagi.. Harap-harap semua ok. Malam ni kena tido awal sikit. Ngantuk la..




........................................................................................

Monday, November 22, 2010

Jaga exam

Esok mula la exam SPM 2010. Ramai gak kengkawan yang kena jaga peksa, termasuklah diri kita. Tadi dah meeting, punya la lama menunggu ketua pengawas datang. Ingatkan kita la yang paling lambat. Mana tak, pukul 9 am kita makan kat kedai lagi dgn Cik Awang. Nasib tak tercekik. Pas tu, kita pecut la gi kat pusat exam tu, sampai-sampai ada dua orang baru sampai. Time tu dah 9 15 dah. Tunggu punya tunggu, sampai la ketua pengawas dalam pukul 10 lebih. Rupa-rupanya dia menunggu penolong ketua pengawas yang tak kunjung tiba. Esok kita tengok siapa penolong ketua pengawas yer.. Opss.. penolong ketua pengawas peperiksaan SPM tau, bukan penolong ketua pengawas sekolah.

Kepada kawan-kawan yang jadi pengawas tu, selamat menjalankan tugas, walau ngantuk, buat-buat la tak ngantuk.


Kepada kawan-kawan yang menanda kertas jawapan, selamat menanda dengan tekun dan jayanya.


Kepada anak-anak murid di luar sana, selamat menduduki peperiksaan. Jangan tidur dalam dewan yer..




Ni gambar masa malam graduasi bebudak SPM sekolah saya tahun ni. kelass gitu
Gud luck ya!






..........................................................

Saturday, November 20, 2010

Kenduri

 Time cuti sekolah macam ni, tentu banyak orang buat kenduri. Dalam banyak-banyak jenis kenduri tu, kenduri kahwin la yang paling banyak. Time macam nilah adik beradik, anak-beranak boleh berkumpul. Ada yang  gotong-royong sekampung, ada gak yang dah pakai katering, cepat dan mudah, bayar aje. hehe.

Kepada kawan-kawan yang nak gi makan kenduri tu, tentu melaram habis, glamer gitu.

Selamat makan kenduri



**********************************************************************************

Thursday, November 18, 2010

Raya Haji..

Lama tak bersiaran. Sibuk sikit Raya Haji, walau tak buat korban dan tak buat apa-apa kuih untuk Raya Haji tahun ni, tapi sibuk gak memasak untuk makan kami anak-beranak.

Kalau semua orang sibuk nak balik kampung, kami raya kat rumah kami kat Taman Lipis. Lepas En. Awang balik solat raya, makan-makan dulu, lepak-lepak dulu kat umah pas tu baru gi umah Papa (pak mertuaku).

Lepas lepak-lepak dan makan sete kat umah papa, kami gi rumah mak abah pula. Tak jauh mana pun, setengah jam aje naik kereta.

Lepak-lepak, makan-makan, sampai tido-tido pun, petang baru balik rumah. Sampai aje di rumah, terus pengsan kami anak-beranak.. Ingat sempat la nak angkat baju, tapi, baju dah kena basuh hujan da.

Selamat Hari Raya AidilAdha


Monday, November 15, 2010

Pra 2011

Hari ni sibuk dengan kutip dan serah buku SPBT kat budak-budak. Nasib boleh siap sebelum pukul 2.00 petang. Mula-mula kelam-lelibut juga. Maklumlah , para pembantu tahun ni budak-budak pompuan tingkatan dua. Lemah gelamai lagi. Alahai... Satu-satu arahan kena bagi, letih gak nak train ahli kelab yang baru ni. Saat-saat kelam-kelibut tadi, rasa rindu pulak kat sorang student kita dulu, Ng Ka Hin.

Kita boleh goyang kaki, dia tau semua benda nak buat, dia lagi hafal rupa buku dari kita. Tapi tahun ni Ka Hin dah abis skolah dah.

Walau penat, sakit kepala dengan budak-budak, syukur semua beres. Kita dah la penat , budak-budak pulak macam-macam perangai. Ada yang hampeh tak reti nak ikut jadual yang kita buat, ada yang hampeh curi buku member la, ada yang datang skolah semata-mata nak ambil buku aje la, dan ada juga yang hantar mak ayah aje untuk ambik buku ada pulak yang nak ambil esok pulak. Entah la korang budak-budak, janji tahun depan semua ada buku pasal first day sekolah aje P&P kena jalan da.

Walau proses serahan dah beres, bilik SPBT kesayanganku itu macam kapal buku karam pulak rupanya. Esok kita ngemas bilik tu yer.

Saturday, November 13, 2010

Jamuan oh jamuan..



Baca tajuk aje dah tahu, kalau ada jamuan di situ ada makan. Minggu ni Alhamdulillah, murah rezeki.Hari Khamis aje tak ada jamuan di sekolah. Ramai orang belanja makan minggu ni. Jamuan nak kahwin la. Tahniah Miss Loo, walau tak jemput kami yang Muslim ni gi jamuan kahwin dia, dia tetap buat jamuan untuk kami di sekolah.

Kakak-kakak yang dapat tunggakan gaji DG 44 yang mencecah puluhan ribu tu, terima kasih, yang dah naik pangkat pun buat jamuan juga. Terima kasih.. tahniah.. Moga murah rezeki kalian. Jamuan kelas pun tak kurang hebatnya. Semalam makan jamuan kelas 5ES, kelas yang paling sporting kat Chung Hwa. Budak-budak kelas ni membesar depan mata. Dah besar dah korang semua erk. Chung Luo Bin, thanks, sedap chocolate yang awak bagi.

Hari Isnin nanti jamuan kelab guru pula. Apa menu yang diorang order pun tak tau. Makan aje la nanti. Hari Selasa dengarnya, kalau ada yang dapat pindah, ada jamuan lagi.

Hari ada jamuan lagi. Tapi jamuan kelas Cik Awang. Budak-budak kelas dia buat jamuan kat KFC. Pesanan Cik Awang Mambang, "Kul 10.30 siap yer, kita gi Jamuan budak kelas Abg kat KFC".

Jadi minggu ni kurang la keluar duit makan. Hehe.
Nanti kalau rajin, kite ambik gambar jamuan kat KFC tu. Kalau sempat la, kalau tak berperang dengan anakanda dua orang tu..

Tata, nak bersiap gi jamuan kelas. Selamat berhujung minggu.

Friday, November 12, 2010

Sibuk nak cuti

Minggu yang sibuk.
Minggu lepas dah cuti panjang, minggu depan pula skolah dua hari aje, pas tu cuti Raya Haji.
Naik cuti kena jaga SPM, nasib dekat aje.
Jadi Minggu ni dan minggu depan kena la pulun siapkan semua kerja.
Rasa sekejap aje masa berlalu.
Baru aje first meeting penggal persekolahan 2010, dah nak cuti kan.
Kepada semua warga cikgu cikgi macam saya ni, pun tentu sibuk gak hujung-hujung tahun camni.
Markah pekse nak hantar Isnin depan, so sibuk la menanda.
Nasib dah siap.
Proses buku SPBT dah siap, tinggal minggu depan nak buat serahan dan kutipan buku 2011. Time ni, memang rasa kena jadi buruh angkat buku. Duduk sehari berkubang dengan buku teks yang banyak tu.
Lepas tu kena tutup stok pulak. (Yang ni lemah skit)
Report card murid belum isi.
Analisis belum dapat.
Budak-budak pulak tak mau bincang soalan dah. Nak main aje.
Main-main-main...


So hari Sabtu dan Ahad ni boleh la rehat skit.. lalala

Wednesday, November 10, 2010

Terbabas lagi..



Haru biru
Ini la akibatnya tidur lewat waktu malam.
Bukan buat apapun, main game.

Apa yang menimpa saya pada hari ini perlulah dijadikan pengajaran buat kawan-kawan di sini dan di luar sana.
Masa yang dah berlalu tidak mungkin kembali.

Jadi, inilah pesanan saya untuk diri sendiri.

Bila alarm henset berbunyi, cepat-cepat la bangun. Jangan nak sambung-sambung pulak. Jangan kata "Kejap lagilah".." Tido kejap lagilah"

Akibatnya..
Sedar-sedar pandang kat tingkap, dah terang benderang kat luar rumah.
Tengok jam pada henset 6.59 am.

Giler!!!
Sepantas kilat bangun macam ciciak terkejut kena lastik.

Cik Awang pulak ingat kita ambik cuti hari ni.

Adoi...
berpeluh juga la pagi-pagi hari..

Apapun punch kad merah la hari ni..

Haru-haru..

Nasib baik sekolah dekat aje dengan rumah. Kalau tak, pukul lapan la masuk kelas.. hehe


Gambar Stock Photo


P/S Mood cuti sekolah dah tiba

Monday, November 8, 2010

Apa blog kita suka jalan

Assalamualaikum..
Selamat pagi dan salam sejahtera..

Sambil-sambil menunggu untuk masuk kelas dan jaga budak-budak exam akhir tahun,
kita pun belayar kat sini mencari-cari cerita baru, idea-idea baru dan apa-apa aje yang baru.
Dalam mencari-cari apa yang baru tu, tapi rasanya yang paling banyak kita pergi cari ialah resepi-resepi, gambar-gambar makanan yang cantik-cantik, tips-tips masak,
dan banyak pasal makanlah.
Apasa arrr?

Ntahlah, cari idea nak masak kot..
Dan dalam banyak-banyak senarai blog yang kita follow, rasanya blog masak-memasak ni yang paling banyak..

Mari kita jenjalan kat blog masak-masak..

Sunday, November 7, 2010

Wajah-wajah mereka

Melihat gambar anak-anak yang semakin membesar boleh buat kita senyum sendiri. Macam-macam gelagat diorang ni.
Memang penat nak membesarkan anak.
Kerenah dan perangai mereka memang selalu menaikkan darjah kesabaran.
Tapi biasa la, nama pun budak-budak..

Jom layan gambar budak-budak




Wajah-wajah Damia



Wajah-wajah Adib Wajdi

Saturday, November 6, 2010

Pabila Hujan Turun..





Bila hujan turun secara automatik, rutin dan jadual harian kita akan berubah.
Kecuali kalau musim hujan camni, memang jadual harian kita dah kena sedia sokmo dengan hujan.

Apa tanda kita ready dengan hujan.

1. Bawa payung @ baju hujan @ topi hujan.
2. Kalau nak jemur baju mesti kata " Ujan ke tak hari ni?"
3. Kalau rasa hari nak hujan, jemur baju bawah bumbung.
4. Tengok langit mendung ke tidak. Kalau mendung kensel gi jenjalan.

Kalau cuaca mendung aje, mesti kita gi jenguk kat luar rumah.
Harap-harap baju dah kering semua.
Lecehlah kalau ada baju yang tak cukup kering.
Silap haribulan, rumah jadi macam pasar malam pulak, Pakaian gantung sana sini.
Tapi biasanya kalau musim hujan camni, takdenyer nak jemur baju.
Tahu dah, mesti tak kering.
Kalau ada mesin kering baju selamat la, kalau tak ada... Hantar kedai dobi la keringkan baju. Walau kena keluar belanja sikit, takpe la. Asal urusan rumah tangga beres..


Hujan...

Sejuk....

Bila sejuk, lapar aje perut ni.
Hish! Diam la perut.
Jangan bising-bising, nanti tangan tu gatal aje nak buka peti ais.
Sabar yer perut, tadi kan dah makan..
Kita tidur ye perut.

Selamat malam...
Zzzzz..

Friday, November 5, 2010

Jalan-jalan sembang petang..

Bagi mengisi waktu petang mari kita jejalan exercise dan warm up untuk jogging pagi. Semalam bawa anakanda ronda-ronda pusing taman perumahan..
Sambil jalan-jalan sambil sembang-sembang dengan diorang..
Sembang-sembang, tegur-tegur dengan jiran-jiran setaman..

Kejar la kami Mama..keh..keh..


Apa tu?



The power Puff girl nak terbang ni..





Berpeluh la juga ketiak bawa budak-budak ni jalan-jalan.
Agaknya berapa kalori yang berjaya dibuang??

Tak sampai seribu kot.

Tapi sepanjang kami jalan-jalan pusing taman ni, tak ada pun orang bangsa kita yang exercise petang-petang. Nyonya-nyonya aje yang ramai.

Diorang gi poco-poco kat tempat lain kot..














Thursday, November 4, 2010

Cuti pun boring..




Tumpang cuti Deepavali + cuti ganti + cuti peristiwa + Sabtu dan Ahad = 5 hari cuti..

Apa nak dibuat.

Cik Awang Mambang start cuti esok.

Hari kedua menghabiskan cuti.

Pas bangun tidur, kemas-kemas, cari makan.
makan, makan, makan..
Membesar la kalau mcm ni.

Layan budak-budak dua orang ni.

"Mama nak itu, mama nak ini"

Emmm...
Boringnyer..
Nak menulis pun takder idea..
Blog walking pun dah tak larat.. Pening dah kepala..

Fenin kefala duduk aje nih..
Aduh...

Layan movie...
"Mama.. tukar.."
Anak minta tukar siaran..

Nak keluar jalan-jalan..
Nak gi mana???

Masak-masak??
Jap lagi la..

Kemas rumah..
Dah siap dah.

Aduh...
Help me...

Dilanda boring..








Tuesday, November 2, 2010

Tepung bedak..








Alkisah dua orang anakanda ni, banyak sangat idea canggih diorang.
Time bergaduh, dengar suara satu taman.
Tapi kalau diorang duduk sama diam-diam, baik pergi check.
Mesti ada projek besar diorang..


Ini antara projek kerjasama anakanda kami yang berjaya dicekup



Kakak Mia sedang menyapu bedak pada lantai


Wajdi yang nak jadi pelakon opera



Macam mana la korang tak batuk, bedak pun jadi barang mainan..

Minum petang ini





Hari esok, Khamis dan Jumaat...
Kami cuti...
Yahooooooo...
Sempena Deepavali
Tapi kepala otak ni serabut juga kalau cuti panjang sangat.
Banyak benda tak selesai lagi..

Papepun.. Mari minum dulu..





Tengah mengemas dapur, teringat ada keropok beli ngan member hari tu..

Petang ni kita makan kopok cicah sos ngan air teh O la..

Jemput minum..

Sunday, October 31, 2010

Sakit perut pulak..


Ada lagi.. Ni antara siri lawak kat masjid. Macam-macam. Tapi sebenarnya memang ada dalam realiti hidup kita.Sesiapa yang suka menyakat member tu, mesti pernah buat kerja ni.. Tabiat suka menyakat memang selalu aje terlintas dalam fikiran nakal manusia.. hehe.. kesian member tu..







Saturday, October 30, 2010

Kain pelikat kena curi..

Sila klik pada gambar

Ni antara story Lambok yang boleh ketawa guling-guling. Tapi kalau nak lagi guling kena baca part lain dalam kisah Tok Imam nih..haha

Friday, October 29, 2010

Pak Kacok





Tak scan pun.. Snap dgn kamera ..haha

Ha ha ha...


Suka baca APO, tapi tak pernah beli pasal Cik Awang kita tak pernah tak beli.
Paling suka karya lambok.. memang gila idea dia. Kadang-kadang terguling-guling gelak..
Jom layan



Wednesday, October 27, 2010

Pabila mama pening kepala..




Petang semalam pening kepala. berdenyut-denyut aje rasanya.
Balik rumah terus pengsan.
Tapi sebelum tu sempat g shoping barang bebudak sikit dan belikan aiskrim yang dah dua hari diminta oleh Damia.

Inilah rupa budak-budak ni bila makan aiskrim..


"Dah abis dah"
Mungkin ini diolog Wajdi kepada abahnya..



Abahpun zoom dekat sikit untuk menunjukkan betapa comel anak teruna kami ni.


Lepas tu abah pergi ke dapur untuk melihat khabar Damia pula..





Jelingan manja
Layan aiskrim di sudut dapur.
Mama dah pesan makan dok kat situ aje.




Uuuu... Comotnyer..

Takpe..
Makanlah anak-anak.
Nikmati aiskrim tu.
Lepas ni kita mandi yer..

Monday, October 25, 2010

Menu hari ini..


Masak apa hari ni?

Masak???

Sebab hari ini negeri Pahang bercuti, jadi kita pun rajin la memasak di rumah.

Masak ini aje. Senang, cepat dan rasa pun boleh layannzzzzz..





Sardin dengan pucuk labu masak lemak...



# Macam biasa juri tetap kite Bro Awang Mambang akan memberika komen dan bintang terhadap menu hari ini..

# Ingat petang ni nak try masak kek carrot plak. Kalau jadi kita upload, kalau tak... tak jadi la tu..


Friday, October 22, 2010

Thursday, October 21, 2010

Sawan..

Al kisah hari ini sedang sibuk mengajar murid kelas peralihan Bahasa Melayu, satu kejadian telah berlaku.

Anak murid diserang sawan.

Apa nak buat?

Panik kejap..

Mujur serangan sekejap sahaja...

Nasib takde apa-apa budak tu..

Kena belajar cara nak hadapi budak kena serangan sawan..

Mana tahu, sawan itu akan menyerang lagi..

Sawan..

KITA kerap mendengar penyakit gila babi atau sawan babi yang lebih berkait rapat dengan kekejangan atau 'tarik' yang berulangan dengan penghidapnya menggigil sehingga memerlukan bantuan segera. Namun, secara amnya tidak ramai yang mengetahui apa sebenarnya punca penyakit ini yang turut dikenali epilepsi dari segi istilah perubatan.

Hakikatnya, penyakit ini berlaku hasil tindak balas masalah isyarat elektrik yang salah dalam otak. Atau ringkasnya, aktiviti elektrik otak yang normal diganggu oleh lebihan aliran elektrik dalam otak yang menyebabkan berlakunya masalah komunikasi sementara antara sel saraf.

Penyakit ini menjejaskan kehidupan lebih 180,000 orang dalam setahun dan di seluruh dunia, sekurang-kurangnya sejuta orang akan mengalami epilepsi seumur hidupnya.

Lebih membimbangkan, dua juta kes baru dicatatkan setiap tahun yang membuktikan epilepsi adalah masalah universal dan antara masalah neurologi yang serius.

Bagaimanapun, Ketua Jabatan Neurosains Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan, Prof Jaffri Malin Abdullah, berkata bukan semua orang yang mengalami tarik atau kekejangan ini berhadapan dengan epilepsi.
Ini kerana, ada kalanya, serangan sawan itu berlaku apabila pesakit berhadapan dengan masalah kekurangan air yang keterlaluan atau suhu badannya terlalu tinggi.

“Namun, jika seseorang itu mengalami kekejangan dengan kerap tanpa sebab, ini mungkin gejala dia mengalami epilepsi. Malah epilepsi juga boleh disebabkan kecederaan otak, jangkitan otak seperti meningitis atau penyakit yang mengganggu pembentukan otak janin ketika dalam kandungan ibu.

“Epilepsi ini juga boleh disebabkan kekurangan oksigen pada otak bayi kepada dilahirkan,” katanya.

Menurut Prof Jaffri, epilepsi boleh menjejaskan bahagian otak yang berlainan dan ia terjadi dalam pelbagai cara bergantung kepada sel otak yang terbabit.
Sesetengah kes kekejangan ini menjejaskan keseluruhan badan pesakit dan menyebabkan penyebaran aliran elektrikal ke seluruh otak dan keadaan dikenali sebagai ‘tonic-clonic.’

Ada juga masalah yang lebih tertumpu iaitu aliran elektrikal hanya menjejaskan bahagian kecil otak yang dikenali sebagai ‘kekejangan sebelah’ yang menyebabkan pesakit sedikit keliru atau gangguan pergerakan motor atau kedua-duanya sekali, tetapi tanpa disedari individu berkenaan. Namun, ada juga kes yang mana pesakit mengalaminya dalam keadaan sedar.

“Segelintir pesakit pula mengalami kekejangan jenis sebelah sebelum merebak ke seluruh otak menjadi kekejangan jenis ‘tonic-clonic.’ Kekejangan ini pula boleh berlaku beberapa kali sehari atau sekali beberapa bulan.

“Apa yang pesakit alami sama ada hilang sedar, perubahan dalam penglihatan atau rasa tidak selesa pada perut sebenarnya bergantung pada jenis epilepsi. Sesetengah pesakit mengalami keadaan seperti bermimpi, yang lain mungkin mengalami perasaan gembira dan sedih yang bercampur aduk. Sementara ada yang mengulang-ulang pergerakan seperti mengenyit mata,” katanya.

Bagaimanapun, bukan semua kes epilepsi memerlukan pembedahan. Doktor akan memberi rawatan lain seperti ubat-ubatan terlebih dulu. Namun, jika pembedahan diperlukan, alat khas bagi membantu mengesahkan aktiviti elektrik dalam otak manusia.

Prof Jafri berkata, otak mengandungi satu trilion sel berbeza dengan separuh daripada sel ini memiliki fungsi sel elektrik yang berlainan. Kuasa elektrik ini sangat kecil dan negatif, justeru alat khas digunakan bagi mengukur cas negatif berkenaan. Epilepsi datang daripada sel yang sakit dan umumnya ia terjadi pada bahagian otak tepi dan otak depan.

“Bagi pesakit epilepsi, kaedah magnetoencephalography atau MEG adalah teknik membantu mengesahkan antara sel yang sihat dan sel yang terjejas. MEG sebenarnya bukanlah keajaiban baru dunia perubatan. Ia sudah dikenali sejak 1968 tetapi di Malaysia dan Asia Tenggara, MEG cuma ada di HUSM,” katanya.

Prof Jaffri berkata, MEG adalah teknik ‘non-invasive’ (tidak membabitkan pembedahan) bagi mengkaji epilepsi dan fungsi otak. Dalam kes epilepsi, MEG digunakan bagi mengenalpasti sumber ‘epileptiform’ dalam aktiviti otak yang berkemungkinan besar adalah sumber kepada berlakunya ‘tarik’.

“MEG memiliki keupayaan menentukan pemetaan otak bagi memastikan pembedahan dibuat dengan teliti tanpa kemudaratan. Malah dalam kes lain, ia mampu mengesan 80 peratus kes berkaitan otak lebih awal dan tepat sebelum rawatan dibuat. Kaedah ini juga menjadi cara baru merekod dan menganalisa fungsi otak dengan mengukur magnetik yang dihasilkan aktiviti elektrik dalam otak. Rakaman ini memberikan ukuran fungsi berterusan yang berlaku pada neuron dan boleh menunjukkan lokasi neuron yang tidak berfungsi,” katanya.

Secara ringkas MEG adalah teknik yang membantu mengenal pasti sumber aktiviti elektrik dalam otak manusia menggunakan ukuran magnetik ‘non-invasive’ dan tidak menyakitkan, tanpa jarum, selamat dan tidak membabitkan sebarang unsur radiasi dan pembedahan. Malah, ia boleh dilakukan kepada kanak-kanak.

“Teknik ini juga mampu mendiagnosis masalah angin ahmar, trauma pada otak, masalah sakit jiwa dan kemurungan serta membantu dalam bidang kognitif yang membabitkan terapi rehabiliti dan rawatan psikologi,” katanya.

INFO: Epilepsi

# Epilepsi masalah berkaitan sistem saraf yang menjejaskan lebih 180,000 orang dalam setahun

# Ia disebabkan aktiviti elektrik dalam otak diganggu oleh discaj elektrik yang berlebihan menyebabkan masalah komunikasi sementara antara sel saraf.

# Epilepsi berpunca daripada kecederaan otak, jangkitan otak seperti meningitis atau penyakit yang mengganggu pembentukan otak janin ketika dalam kandungan ibu. Epilepsi juga boleh terjadi disebabkan kekurangan oksigen pada otak bayi kepada dilahirkan.

# Ia juga boleh disebabkan ketumbuhan dalam otak dan serangan angin ahmar

# Bukan semua kes epilepsi memerlukan pembedahan. Doktor akan memberi rawatan lain seperti ubat-ubatan terlebih dulu.

Wednesday, October 20, 2010

Lambat..

7.00 am : Dalam bilik air
7.05 am : Siap-siap pakai baju. Tak sempat mekap pun.
7.10 am : Siap-siap ambil beg, botol air, beg budak-budak.
7.12 am : Muka Wajdi meneran berak.
7.15 am : Siap basuh berak Wajdi (takyhah mandi pasal dia baru aje mandi)
7.20 am : Start enjin, mengarah dan menghambat budak dua orang tu supaya masuk
kereta.Sebelum tu diorang ada acara bergaduh nak tutup tv dulu.
7.22 am : Hantar budak dua orang ni g nursery, nasib baik seberang jalan rumah aje.
Tata, salam-salam dah abis 2 minit.
7.25 am : Pecut ke sekolah
7.27 am : Jem la pulak depan sekolah rendah. Emmm lemau sket.
7.30 am : Harap-harap dapat parking.
7.31 am : Ingatkan paling last hari ni, tapi sekolah masih senyap sunyi. Ramai lagi
yang belum sampai. Boleh parking tempat biasa.
7.32 am : Selamat, belum merah.
7.35 am : Oh, ingatkan aku aje yang berpeluh-peluh menekan minyak, rupanya ada
lagi.. hehe

Tuesday, October 19, 2010

Jimat @ Interaktif ??

Salam pagi kengkawan..

Sekarang warga sekolah kena buka email setiap hari.
(bagi la satu laptop kat kami yang tak dapat laptop free ni) hehe
Semua notis, panggilan mesyuarat, arahan, akan dihantar melalui email.
Minit mesyuarat dan analisa juga kena save sendiri dari komputer pejabat.
Kepada staf yang senior yang tak berapa sempat nak menggodam internet tu, kena la rajin-rajin sikit yer. Lama-lama nanti biasa la buka and jalan- jalan kat laman sesawang ni.
Lepas ni boleh la kita bertenet lelama yer..

P/S Nasib baik buka Cikgu yang tukang hantar email sekolah duduk depan kita aje, so, tak bimbang sangat la kalau tak sempat nak buka mail tengok notis.. Thanks Noni

Jimat @ interaktif ??

Penolong-Penolong Kanan
Ketua-Ketua Bidang
Ketua-Ketua Panitia
Pembantu Pentadbir
Kaunselor
Guru Aset Sekolah
Audit Dalaman

MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN SEKOLAH KE-3 / 2010

Tarikh : 18 OKTOBER 2010 (ISNIN)
Tempat : Bilik Lembaga Pengelola Sekolah
Masa : 3.00 Petang

Agenda:

1. Ucapan pengerusi
2. Mengesahkan minit mesyuarat
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Laporan audit sekolah beraudit 2009
5. Baki peruntukan PCG tahun 2010
6. Yuran tambahan sekolah
7. Isu dan masalah pengurusan sekolah
* Pembelian dan nota mohon / pesanan
* Buku tunai dan subsidairi
* Terimaan dan bayaran
* Stok dan lain-lain
* Daftar bil, daftar setem
* resit
8. Pengurusan aset alih kerajaan TPA
9. Hal-hal lain

Sekian, terima kasih

Monday, October 18, 2010


JADI BAHAN KETAWA: Siapa sangka di sebalik perut Encik Bhagat rupa-rupanya hidup makhluk yang tidak cukup sifatnya tetapi berkaki dan bertangan serta berkuku panjang. - Foto ABC

17 Okt 2010



Si 'lelaki bunting'

Lelaki di India tak sedar 'bawa' bayi di perut selama 36 tahun...


MELIHATNYA berjalan dengan perut yang terbuyut-buyut, ada yang sempat melemparkan kata-kata kesat, memanggil Encik Sanju Bhagat 'si lelaki bunting'.
Peristiwa yang berlaku lebih sedekad lalu itu membuatkan Encik Bhagat, 47 tahun, berasa malu. Nafasnya tersekat-sekat ketika berjalan pantas kerana perut yang 'sarat', bagaikan wanita hamil sembilan bulan.

Tidak diduga, di dalam perutnya yang membesar itu, hidup seorang bayi selama 36 tahun lamanya. Bayi itu dipercayai merupakan kembarnya - satu misteri perubatan dan kondisi yang dipanggil fetus in fetu atau janin di dalam janin.

Ia merupakan sesuatu yang tidak normal yang menyebabkan segumpal tisu - yang kelihatan seperti janin - tumbuh di dalam badan.

Terdapat dua teori sebab keadaan ini terjadi. Satu teori membabitkan gumpalan janin biasa yang kemudian tersembunyi dan diselaputi janin kembarnya.

Satu lagi teori menyatakan bahawa gumpalan tersebut adalah ketumbuhan atau teratoma yang membesar dengan sel-sel.

Fetus in fetu jarang-jarang berlaku dan dianggarkan hanya ditemui sekali sahaja dalam 500,000 kelahiran di dunia.

PERUT MACAM NAK 'MELETUP'

Bagi Encik Bhagat, seorang petani di Nagpur, India, kesengsaraan yang membelenggu kehidupannya. Beliau, yang mengimbas semula kejadian ngeri yang berlaku kepadanya ketika ditemui laman ABC News, berkata masalah perutnya yang membesar itu mencetuskan keadaan cemas apabila beliau terasa ia seakan hampir 'meletup'.


Beliau dikejarkan ke hospital apabila doktor menyifatkan ada ketumbuhan raksasa dalam perutnya yang perlu dibedah kerana ia membahayakan nyawa.
'Ketumbuhannya begitu besar sehingga ia menghimpit diafragmanya. Sebab itulah, beliau tercungap-cungap dan lelah,' kata Dr Ajay Mehta yang merawatnya di Hospital Tata Memorial di Mumbai.

Mulanya Dr Mehta dan pasukannya menjangkakan mereka bakal menghadapi kesukaran kerana tumor itu begitu besar untuk dibedah.

Tanpa diduga, sewaktu membedah Encik Bhagat, Dr Mehta terjumpa sesuatu yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Bergelen cecair memancut keluar daripada perut Encik Bhagat sebelum Dr Mehta dikejutkan dengan sepasang tangan yang terkulai layu di dalam perut itu.

'Saya terperanjat. Saya bagaikan boleh bersalaman dengan 'barang' dalam perut Encik Bhagat itu. Ia amat mengejutkan,' cerita Dr Mehta, suaranya masih terketar-ketar, mengenang peristiwa ngeri itu.
Teman Dr Mehta, juga pakar perubatan, yang enggan namanya disiarkan, pula mengimbas semula keadaan di bilik pembedahan.

'Dr Mehta meletakkan tangannya ke dalam perut Encik Bhagat. Katanya, macam ada banyak tulang di dalam perut lelaki itu. Mulanya, satu lengan keluar. Kemudian, satu lagi lengan. Ada sebahagian kemaluan, beberapa helai rambut, betis dan rahang manusia pula!' ujar doktor itu.
Di dalam perut Encik Bhagat, rupa-rupanya hidup makhluk yang tidak cukup sifatnya tetapi berkaki dan bertangan serta berkuku panjang.
'Kami terasa bulu roma kami berdiri! Kami bingung dan hairan,' kata Dr Mehta.

Sekilas pandang, Encik Bhagat bagaikan telah melahirkan. Sebenarnya, apa yang dikeluarkan merupakan serpihan tubuh yang sudah reput, yang dipercayai merupakan kembar Encik Bhagat.
Janin kembarnya mati dan hanya hidup sebagai parasit selepas terperangkap di dalam tubuh Encik Bhagat.
Dalam keadaan sebegini, tali pusat janin parasit itu tetap terkait dan menyedut bekalan darah Encik Bhagat sehingga membahayakan nyawanya. Encik Bhagat pula lega selepas pembedahan itu dijalankan. Namun, beliau enggan mengambil tahu tentang apa yang Dr Mehta lakukan pada 'khazanah' di dalam perutnya itu kerana akur beliau jenis yang penakut dan tidak sanggup mendengar kisah-kisah yang menyeramkan.

Selepas pembedahan dijalankan, kesakitan dan kesesakan nafas Encik Bhagat langsung hilang. Kes ini merupakan sesuatu yang menakjubkan bagi Dr Mehta dan teman-temannya, tetapi bagi Encik Bhagat, kesengsaraan yang dilaluinya selama 36 tahun, memalukan dan meragut tangkai hatinya.
'Hingga kini, walaupun kesihatan saya pulih seperti orang lain, saya masih lagi diusik dan dipersenda. Mereka kata saya menjalani pembedahan dan melahirkan 'anak' yang telah mati untuk mengempiskan perut saya!' katanya lagi.
p/s Satu dalam 500,000 kelahiran...... sebab kecelaruan biologi gamaknya!

Sunday, October 17, 2010

Lagi Info Perancang Keluarga

Mengikat tiub


Mengikat tiub dilakukan untuk menyumbat tiub fallopio supaya sperma tidak boleh sampai kepada telur.

Ianya dilakukan dengan meletakkan cincin pada tiub atau memotong sebahagian daripada tiub.

Prosedur ini mengambil masa satu hari dan insisi sepanjang 1cm akan dibuat pada pusat.

Ia tidak akan menjejaskan kebolehan atau keinginan seksual.

Ianya tidak boleh dipulihkan. Anda perlu pasti bahawa anda tidak mahu anak di masa akan datang dan tidak akan berubah fikiran lagi.

Ianya dilakukan pada minggu pertama kitaran haid, 5 hari selepas pembedahan atau semasa melakukan pembedahan untuk bersalin.

Peratus kegagalan: <1%

3 Kaedah paling popular kalangan kawan-kawan

Pil pencegahan kehamilan



Terdapat 3 jenis pil pencegah hamil:

(i) Pil pencegah hamil campuran
- Pil pencegah hamil ini mengandungi estrogen sintetik dan progestrogen (hormon yang
berfungsi seperti progesteron).
- Ia menghalang ovulasi dan menyebabkan dinding endometrium menjadi nipis supaya embrio
tidak dapat menempel. Selain itu, mukus di serviks juga menebal menyukarkan sperma
untuk berenang ke ruang dalam uterus.
- Mungkin akan menyebabkan haid yang pendek dan sedikit.
- Juga mungkin menyebabkan sakit kepala, rasa loya dan kenaikan berat badan pada awal
penggunaannya.
- Mesti diambil pada masa yang sama setiap hari berterusan sehingga 21 hari diikuti 7
hari rehat (haid akan keluar semasa tempoh rehat). Selepas 7 hari rehat, kitaran baru
pil dimulakan.
- Pil pencegah hamil ini boleh dibeli di mana-mana farmasi atau klinik
- Contoh-contoh: Nordette, Microgynon, Marvelon, Mercilon and Gynera.
- Peratus kegagalan: 0.1%

(ii) Pil progesteron sahaja (pil mini)
- Pil mini hanya mengandungi hormon progesteron
- Ia menjadikan dinding endometrium menipis dan mukus di kawasan serviks menebal.
Kadangkala ia juga berfungsi mengawal ovulasi.
- Aliran haid akan menjadi sedikit dan pendek. Kitaran haid juga menjadi tidak tetap.
Ini menjadikan pil mini kurang popular dikalangan pengguna pil pencegah hamil.
- Ia dianggap pil yang paling lemah dan kurang kesan sampingan tetapi kurang berkesan
jika dibandingkan dengan pil campuran.
- Ia diambil sepanjang tahun berterusan tanpa henti.
- Peratus kegagalan: 2%

(iii) Pil pencegah hamil kecemasan
- Pil pencegah hamil kecemasan digunakan untuk menghalang kehamilan sekiranya melakukan
hubungan kelamin tanpa sebarang perlindungan, dirogol atau mengesyaki kegagalan
kaedah pencegah hamil contohnya kebocoran kondom.
- Ianya diambil 72 jam (3 hari) selepas melakukan seks.
- Ianya tidak setanding pil pencegah kehamilan lain.
- Tidak sepatutnya digunakan berterusan kerana peratus kegagalan yang tinggi.
- Contoh: Postinor
- Peratus kegagalan: 5%
- Cara alternatif bagi pencegahan kehamilan kecemasan adalah dengan memasukkan IUCD
dalam masa 4 hari selepas menjalankan hubungan.


Alat pencegah kehamilan di dalam rahim (IUCD)

IUCD adalah alat kecil (3cm panjang) yang diletakkan ke dalam rahim untuk meransang tindakbalas keradangan di dinding endometrium supaya penempelan embrio tidak berlaku.
Waktu paling sesuai memasukkan IUCD adalah sebaik sahaja haid berhenti, pada masa yang sama menggugurkan kandungan atau semasa pemeriksaan selepas bersalin (1 bulan selepas bersalin)

Terdapat 2 jenis IUCD

IUCD Kuprum

- Ia mengandungi kuprum yang berfungsi menghalang sperma dari memasuki tiub fallopio.
- Ianya berkesan selama 3 tahun selepas dimasukkan.
- Aliran haid akan menjadi banyak dan panjang selepas dimasukkan.
- Peratus kegagalan:< 1%

Progestogen IUCD (Intrauterine Contraceptive System)

- Mengandungi Levonorgestel (hormon seperti progesteron) yang menjadikan mukus di
serviks menebal untuk menghalang sperma dari memasuki rahim.
- Boleh bertahan selama 5 tahun selepas dimasukkan.
- Kelebihan IUCD kuprum ialah, aliran haid tidak begitu banyak dan tidak menyakitkan.
- Peratus kegagalan: 0.1%

Implan pencegah kehamilan (Implanon)

- Implanon adalah alat seperti batang mancis, berwarna putih mengandungi
etonogerstel yang dimasukkan di bawah kulit di lengan.
- Dimasukkan oleh doktor terlatih dan bius setempat akan diberikan.
- Menghalang ovulasi, dinding endometrium menipis maka menyukarkan penempelan
embrio. Mukus di kawasan serviks juga menebal menyukarkan sperma untuk berenang
ke kawasan uterus.
- Boleh bertahan selama 3 tahun. Selepas tamat tempoh 3 tahun, mesti diganti
- dengan yang baru.
- Aliran haid menjadi sedikit dan sakit ketika haid berkurang.
- Boleh menyebabkan kitaran yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa
bulan.
- Peratus kegagalan: < 1%


Kepada kawan-kawan yang baru lepas melahirkan anak dan yang ingin menjarakkan kelahiran bolehlah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu semelum memulakan program perancangan keluarga..

Yang mana satu pilihan hati

Perancangan Keluarga

Mencegah kehamilan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, alat, ubat-ubatan atau prosedur pembedahan. Pencegahan kehamilan membolehkan anda menikmati kehidupan seksual tanpa perlu bimbang tentang kehamilan. Hasil kajian dan penemuan perubatan kini terdapat pelbagai cara untuk mencegah kehamilan. Anda perlu mendapatkan nasihat pakar kerana kaedah yang dipilih adalah bergantung kepada keadaan kesihatan, kehidupan sosial dan jarak kandungan. Semua kaedah mencegah kehamilan adalah berkonsepkan untuk menghalang persenyawaan dan penempelan embrio.

Berikut merupakan antara senarai pencegahan kehamilan yang terdapat di pasaran;
1. Pil pencegahan hamil (OCP)
2. Alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD)
3. Implan pencegah kehamilan
4. Suntikan pencegah kehamilan
5. Topi serviks
6. Diafragma
7. Kondom untuk wanita
8. Kondom untuk lelaki
9. Megikat tiub
10. Vasektomi
11. Kaedah berkala (perancangan keluarga semulajadi)
12. Pengunduran
13. Menyusukan

Wednesday, October 13, 2010

Sesat

Sedang enak menikmati makan malam lauk gulai maman ikan tenggiri, tetiba dengar bunyi benda menggelepar kat langsir dapur. Takut gak kalau-kalau kelawar yang masuk. tengok-tengok ada burung sesat. Apa lagi, kecoh la kami nak menghalaunya keluar rumah. Si Damia la paling seronok bila burung tu masuk rumah, melompat-lompat. Apa dia ingat mak dia nak bela burung ke?. Setelah berusaha dan burung tu pun dah penat, dapat la Cik Awang menangkapnya. Tengah sibuk-sibuk tu, sempat juga la ambil gambar. Yang penting, bila gambar ni diambil, Cik Awang tengah melolong pasal tangan kena sepit burung.. Burung apa nama? Tak tahu..

Gulai Maman Ikan Tenggiri..


Al kisahnya, semalam ada pasar petang kat taman kitorang ni.
Biasa la jalan-jalan romantikus dengan Cik Awang Mambang sebelum ambil dua orang anakanda tu dari nursery.
Ada la gak beli sikit-sikit untuk dapur, buah-buah sikit.
Sedang kite dok sibuk-sibuk beli ikat rambut untuk Damia,
Cik Awang dah maju jauh ke depan.
Kite follow aje la.
Nampak di beborak dengan sorang makcik yang jual sayur.
Membeli sayur la Cik Awang.
Maka disuruh la kite masak gulai maman.
Belasah la ikut resepi ingat-ingat lupa, cuba-cuba jaya ni.

Rasanya boleh tahan aje, tak la sesedap yang mak buat.. hehe.
Pasal mak memasak hari-hari, kite memasak 5 6 hari sekali..

# Berapa bintang Cik Awang nak bagi?

Sunday, October 10, 2010

Bunga Raya







Kempen Bunga Raya..




Bagi menghangatkan kempen Bunga Raya Bunga Kebangsaan,

Maka dengan ini, diumumkan..



Esok pakai baju bunga raya..

Dah siap gosok, gantung kat depan lemari..


Zoom dekat sikit nak tunjuk bunga raya


Kat lengan pun ada bunga raya.


Tudung bunga raya?

Belum beli lagi..