Click klik

Sunday, October 17, 2010

3 Kaedah paling popular kalangan kawan-kawan

Pil pencegahan kehamilan



Terdapat 3 jenis pil pencegah hamil:

(i) Pil pencegah hamil campuran
- Pil pencegah hamil ini mengandungi estrogen sintetik dan progestrogen (hormon yang
berfungsi seperti progesteron).
- Ia menghalang ovulasi dan menyebabkan dinding endometrium menjadi nipis supaya embrio
tidak dapat menempel. Selain itu, mukus di serviks juga menebal menyukarkan sperma
untuk berenang ke ruang dalam uterus.
- Mungkin akan menyebabkan haid yang pendek dan sedikit.
- Juga mungkin menyebabkan sakit kepala, rasa loya dan kenaikan berat badan pada awal
penggunaannya.
- Mesti diambil pada masa yang sama setiap hari berterusan sehingga 21 hari diikuti 7
hari rehat (haid akan keluar semasa tempoh rehat). Selepas 7 hari rehat, kitaran baru
pil dimulakan.
- Pil pencegah hamil ini boleh dibeli di mana-mana farmasi atau klinik
- Contoh-contoh: Nordette, Microgynon, Marvelon, Mercilon and Gynera.
- Peratus kegagalan: 0.1%

(ii) Pil progesteron sahaja (pil mini)
- Pil mini hanya mengandungi hormon progesteron
- Ia menjadikan dinding endometrium menipis dan mukus di kawasan serviks menebal.
Kadangkala ia juga berfungsi mengawal ovulasi.
- Aliran haid akan menjadi sedikit dan pendek. Kitaran haid juga menjadi tidak tetap.
Ini menjadikan pil mini kurang popular dikalangan pengguna pil pencegah hamil.
- Ia dianggap pil yang paling lemah dan kurang kesan sampingan tetapi kurang berkesan
jika dibandingkan dengan pil campuran.
- Ia diambil sepanjang tahun berterusan tanpa henti.
- Peratus kegagalan: 2%

(iii) Pil pencegah hamil kecemasan
- Pil pencegah hamil kecemasan digunakan untuk menghalang kehamilan sekiranya melakukan
hubungan kelamin tanpa sebarang perlindungan, dirogol atau mengesyaki kegagalan
kaedah pencegah hamil contohnya kebocoran kondom.
- Ianya diambil 72 jam (3 hari) selepas melakukan seks.
- Ianya tidak setanding pil pencegah kehamilan lain.
- Tidak sepatutnya digunakan berterusan kerana peratus kegagalan yang tinggi.
- Contoh: Postinor
- Peratus kegagalan: 5%
- Cara alternatif bagi pencegahan kehamilan kecemasan adalah dengan memasukkan IUCD
dalam masa 4 hari selepas menjalankan hubungan.


Alat pencegah kehamilan di dalam rahim (IUCD)

IUCD adalah alat kecil (3cm panjang) yang diletakkan ke dalam rahim untuk meransang tindakbalas keradangan di dinding endometrium supaya penempelan embrio tidak berlaku.
Waktu paling sesuai memasukkan IUCD adalah sebaik sahaja haid berhenti, pada masa yang sama menggugurkan kandungan atau semasa pemeriksaan selepas bersalin (1 bulan selepas bersalin)

Terdapat 2 jenis IUCD

IUCD Kuprum

- Ia mengandungi kuprum yang berfungsi menghalang sperma dari memasuki tiub fallopio.
- Ianya berkesan selama 3 tahun selepas dimasukkan.
- Aliran haid akan menjadi banyak dan panjang selepas dimasukkan.
- Peratus kegagalan:< 1%

Progestogen IUCD (Intrauterine Contraceptive System)

- Mengandungi Levonorgestel (hormon seperti progesteron) yang menjadikan mukus di
serviks menebal untuk menghalang sperma dari memasuki rahim.
- Boleh bertahan selama 5 tahun selepas dimasukkan.
- Kelebihan IUCD kuprum ialah, aliran haid tidak begitu banyak dan tidak menyakitkan.
- Peratus kegagalan: 0.1%

Implan pencegah kehamilan (Implanon)

- Implanon adalah alat seperti batang mancis, berwarna putih mengandungi
etonogerstel yang dimasukkan di bawah kulit di lengan.
- Dimasukkan oleh doktor terlatih dan bius setempat akan diberikan.
- Menghalang ovulasi, dinding endometrium menipis maka menyukarkan penempelan
embrio. Mukus di kawasan serviks juga menebal menyukarkan sperma untuk berenang
ke kawasan uterus.
- Boleh bertahan selama 3 tahun. Selepas tamat tempoh 3 tahun, mesti diganti
- dengan yang baru.
- Aliran haid menjadi sedikit dan sakit ketika haid berkurang.
- Boleh menyebabkan kitaran yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa
bulan.
- Peratus kegagalan: < 1%


Kepada kawan-kawan yang baru lepas melahirkan anak dan yang ingin menjarakkan kelahiran bolehlah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu semelum memulakan program perancangan keluarga..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kata-kata anda. Komen anda sangat dihargai