Click klik

Friday, September 24, 2010

11.30 am

Hari ini setakat waktu ini, masih lagi boleh bertahan dengan godaan makan kawan-kawan di tempat kerja. Godaan di rumah pun berjaya dikawal. Walaupun hari ni masak nasi lemak untuk cik Awang Mambang dan anak-anak, godaan haruman nasi lemak tersebut dapat ditepis.. hehe. Rasa skit aje, buat syarat.

Harap-harap dapat bertahan sampai ke malam.
Hari ni ada pasar malam. Berjayakah aku???

Tuesday, September 21, 2010

Start diet

Hari ni tekad la konon nak diet semula, selepas berat badan naik 4 kg, masa hari raya. Bulan Puasa hari tu, turun tak sampai 2 kg.. Apa la nak jadi. So, mulai hari ni, malam ni harap-harap misi diet tercapai.

Menu hari ini.

Pagi
Makan kuih raya (4-5 ketul)

Tengahari
Makan rojak ayam tanpa mi

Petang
Air tebu
Ayam goreng 2 ketul
kopok lekor sket

Malam
Laksa lemak sesudu (rasa aje sambil suap anak)

Exercise
Tak ada.

Rumusan hari ini.
Sepatutnya ayam goreng tu tak masuk senarai. Tapi pasal dah masuk perut, nak wat camne.

Diet hari ini
Gagal

Saturday, September 18, 2010



Habis aje hari raya secara tak rasmi, maka kami para pekerja makan gaji kena la masuk kerja balik, buat mana-mana kerja yang tertangguh dan saja tangguh. Nak jadikan cerita, kite ni termasuklah dalam golongan yang kena ganti waktu bekerja. Time cuti semua nak, bila kena ganti aje, lemau aje masing-masing.
Al kisahnya pagi tadi kena la datang awal sikit, pasal nak mengelakkan anakanda dua orang ni dari melaung nak ikut naik kereta. Nursery tutup, so kena la Cik Awang jadi pengasuh. Mula-mula Si Kakak ni nak juga mengikut. Siap mintak pakai tudung pasal bodek nak keluar jalan naik kereta.
Bila dah pujuk-pujuk, ok la Si Kakak ni.
Dengan senang hati, kite pun start la enjin kete. Bunyi aje enjin kete yang lepak depan rumah tu, terkejut la pulak Si Adik. Maka melaunglah Si Adik ni memanggil mamanyer yang sudah bergaya sakan nak pergi kerja.
Apa pulak kesudahannya.. "Tata". Kata mama
"Huuuaaaa...Huaaaa...". Kata Si Adik di sebalik langsir pintu yang dijahit sempena hari raya sambil menoleh ke arah kakaknya yang poyo aje, walaupun suaranya bergetar semasa mengucapkan "tata" kepada mama.
Lagi lama tata-menatanyer, makin kuat la jeritan pagi harinya. Kite pun blah la cepat-cepat supaya Cik Awang boleh mengasuh anak-anaknya dengan tenang dan gembira hehe.. Tata


Bila balik tengahari, tido la pulak anakanda dua orang ni..

Tido kekenyangan selepas makan nasi lemak.

100 markah kepada Cik Awang kerana telah menjaga anak dengan berjayanya pada hari ini.

Monday, September 13, 2010

Wednesday, September 8, 2010

Step by step..ooo bebeh.. gonna get to u..


Tak lama lagi kita akan beRaya.. Raya???
Semua persiapan ala kadar aje.. Beli la baju selai dua untuk anak-anak.
Untuk sendiri dah tempah awal dah.
Cik Abang??
Pandai la cari baju sendiri.. Hik.hik..

Nak ceritanyer pasal kue raye.
So, kengkawan mcm mana status kue raya korang?
Beli dari blog kengkawan?
Pilih-pilih dan hulur RM 20 untuk sebekas kue kat kedai?
Rasa-rasa sampel kuih and tulis dalam buku order?
Kirim dengan kekawan yang dok belah-belah Selangor beli kerepek dua tiga kilo?
Beli tepung kek pre mix yang cepat siap dan gerenti jadi?
Beli kat pasar raya yang banyak selambak buatan kilang biskut?
Beli dari makcik kampung yang terror buat kue bahulu?

Hampir semua senarai di atas memenuhi kriteria kue raya saya.. hehe

Macam mana dengan kue buatan sendiri?
Kepada kengkawan yang pandai dan rajin serta ada masa nak buat, mesti dah bersusun dah buku resepi depan mata untuk buat kue nih..

Tapi saya ni aje la yang dibuatnyer..

Kue tradisi keluarga kami.
Dulu kecik-kecik selalu tolong mak buat. Sampai 2 tiga kilo tepung. Maklumlah adik beradik ramai. Nanti tak cukup pulak. Belum raya aje dah habis sekilo. Nak menyampai ke raya tuh, siap kena sorok dulu kue tu..

Kue lidah kucing AKA kuih tiram.

Tak la pandai pun buat nyer, tapi tahun ni belasah la buat sendiri. Time beli penggelek tepung tu, siap kena tegur dengan sorang makcik, betapa la aku ni rajin buat kue raya. Kih..kih..kih

Mari la kite layan gamba buat kue yang diSnap oleh cik abang, pasal tangan bertepung nak pegang alat penangkap gambar yang canggih tuh. Gambar pun x clear sangat pasal dah re size.

Betul ke tidak bahan-bahannyer tak tahu la.. Tu kayu penggelek baru beli tu..

Ni tepung ubi campur minyak masak.

Gelek sampai nipis n sapu campuran tepung ubi tadi dan gulung. Pastu potong nipis-nipis, penyek-penyek skit dan goreng.

Ni la hasilnyer. Start pukul 10.00 am, siap pukul 1.30 pm

Tabur la gula aising sket.. Nyum.. nyum.. Sedap la jugak kue lidah kucing AKA kue tiram ni.

Jemput la datang raya nanti untuk menikmati kue raya ni..

Monday, September 6, 2010

Masih adakah harapan

Aduh.. Sakit urat tengkuk, urat pinggang, urat leher
Sakit segala-galanya..
Aduh.. tolonglah

Kenapa la malam ni baru nak mula
Dah lama dia tu menunggu
Kenapa? Tapi kenapa???

Why??

Tu la kalau suka tangguh kerja..

Harap-harap siap



Emmm.. jahit langsir