Habis aje hari raya secara tak rasmi, maka kami para pekerja makan gaji kena la masuk kerja balik, buat mana-mana kerja yang tertangguh dan saja tangguh. Nak jadikan cerita, kite ni termasuklah dalam golongan yang kena ganti waktu bekerja. Time cuti semua nak, bila kena ganti aje, lemau aje masing-masing.
Al kisahnya pagi tadi kena la datang awal sikit, pasal nak mengelakkan anakanda dua orang ni dari melaung nak ikut naik kereta. Nursery tutup, so kena la Cik Awang jadi pengasuh. Mula-mula Si Kakak ni nak juga mengikut. Siap mintak pakai tudung pasal bodek nak keluar jalan naik kereta.
Bila dah pujuk-pujuk, ok la Si Kakak ni.
Dengan senang hati, kite pun start la enjin kete. Bunyi aje enjin kete yang lepak depan rumah tu, terkejut la pulak Si Adik. Maka melaunglah Si Adik ni memanggil mamanyer yang sudah bergaya sakan nak pergi kerja.
Apa pulak kesudahannya.. "Tata". Kata mama
"Huuuaaaa...Huaaaa...". Kata Si Adik di sebalik langsir pintu yang dijahit sempena hari raya sambil menoleh ke arah kakaknya yang poyo aje, walaupun suaranya bergetar semasa mengucapkan "tata" kepada mama.
Lagi lama tata-menatanyer, makin kuat la jeritan pagi harinya. Kite pun blah la cepat-cepat supaya Cik Awang boleh mengasuh anak-anaknya dengan tenang dan gembira hehe.. Tata
Bila balik tengahari, tido la pulak anakanda dua orang ni..
100 markah kepada Cik Awang kerana telah menjaga anak dengan berjayanya pada hari ini.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kata-kata anda. Komen anda sangat dihargai