Click klik

Thursday, October 2, 2014

Lama barsawang..

Last UPdate 2 tahun leps..
Tahun 2014 pun dah Oktober..
Selamat datang Oktober..

Pejam celik, pejam celik tua menggamit..
Hai...
No idea.
kerja banyak. Buku bertimbun minta ditanda..





Tuesday, July 24, 2012

4 Ramadhan

Masih boleh berpuasa sampai hari keempat. Melepek penat tak boleh nak buat kerja berat. Setakat jerang nasi tu boleh la. Masak lauk jauh sekali. Tapau aje la. Makan pun tak lalu. Silap makan muntah pula. Dugaan mengandung dalam bulan puasa. Harap esok akan berjalan lancar.. InsyaAllah..




....

Friday, July 20, 2012

Ramadhan datang lagi..

Lama sungguh tak mencoret di sini. Sedar tak sedar, Ramadhan datang lagi. Moga tahun ini dapat menjalani ibadah puasa dengan lancar tanpa ponteng. InsyaAllah walau kurang berdaya harap dapat puasa penuh. Maklumlah. Mia dan Wajdi akan dapat adik tahun depan.
Sambil tulis-tulis kat sini, jom kita jenguk-jenguk blog oarang pandai masak. Cari idea nak masak apa sahur nanti. (Larat ke tidak nak masak sahur nih).






**********************************************

Friday, December 2, 2011

Sibuk...

SPM belum habis .. Ada dua minggu lagi. 
Budak-budak yang nak exam pun dah penat sangat muka diorang. 
Yang jaga exam pun lagi penat. Kejap-kejap cari makan. 
Mengunyah aje.. hehehe.. 
berat pun naik 2-3 kilo dah.. aduhhhh...

Wednesday, November 16, 2011

Hari ketiga SPM

Assalamualaikum..
Hari ni hari ketiga peperiksaan SPM berlangsung. Tahun ni masih lagi menyerahkan diri untuk jadi pengawas exam. Boleh la claim-claim sket untuk shoping hujung tahun nanti hehe.
Al-kisahnya hari ni kena la jaga calon yang ambil exam kat hospital.  Tak la jauh sangat dari rumah.
Yang bestnyer, boleh duduk dalam bilik ada ekon lagi. Jaga dewan biasa panas sikit.
Yang lagi bestnyer, bilik tu dulu la Mia dan mama dia tidur selama seminggu masa Mia kena Chicken Pox dulu.
Imbas kenangan la pulops..hehe

Memang kesian la bila teringat Mia kena Chiken Pox dulu, sedih sangat.. Kecik lagi masa tu.. huhu..

Jom tengok gambar Mia masa sakit dulu..




Cian Mia.. Muka pun habis kena


Ni pulak belakang Mia. Teruk betul kenanya


Dua minggu lebih jaga Mia kat hosptal. Seminggu kat hospital Lipis, Seminggu lagi kat Hospital Temerloh.
Dah la time tu tengah sarat mengandungkan Wajdi.

Gambar ni kat Hospital Temerloh, Mia dah sihat sikit dah


Sekarang Mia dah sihat dah. Dah besar dah pun. 
Alhamdulillah




Wednesday, October 26, 2011

cameron family trip

hari : selasa
tarikh: 25 oktober 2011
lokasi: cameron highland

mama, mia & jedi berposing di ladang strawberi


mia sedang menikmati eskrem strawberi(cup yang kedua)


eskrem strawberi yang lazat

jedi berposing dekat akuarium(selepas gagal memanjat buah strawberi besar kat belakang tuh)

singgah 'ngeteh' kat cameron valley


sempat lagi posing berlatarkan ladang teh

Monday, October 24, 2011

Cuti seminggu...

Hari ni cuti umum negeri Pahang, (keputeraan Sultan Pahang), esok cuti peristiwa, Rabu cuti Deepavali, Khamis dan Jumaat cuti berganti, Sabtu dan Ahad, cuti hujung minggu... Isnin start sekolah balik.. Budak-budak sekolah akan exam akhir tahun.. Emmm Dah nak habis penggal 2011. Cepat betul masa berlalu.

Dua hari cuti ni tak buat apa-apa pun. Dok umah macam biasa. Hari ni gi makan kenduri. Jap lagi kena siap-siap dah. Gosok baju belum lagi. Budak-budak dah mandi. Tukar baju je nanti..hehe.

Tuesday, October 11, 2011

Abis jaga exam..

Hari ni last jaga exam PMR. Joli la budak-budak form 3 yer.
Hari ni ada dua orang calon aje yang ambil Bahasa Tamil kat pusat exam tu. nak tak nak kena la jaga juga kan. Untuk mudahkan kerja, kami bahagi la, 4 orang jaga paper 2 dan 4 orang lagi jaga paper1. 
Pengawas lebih dari calon..Emm..

Pasal dah pilih nak jaga paper 1, maka keluar rumah la pukul 10.30 pagi. Pagi tu golek2 dulu layan mata. Budak 2 orang ni, bagi susu pas tu suruh diorang layan TV. En Awang Mambang ada program kat skolah lain, so dia pun kluar rumah lewat sket hari ni..

Tiba-tiba.. "Mama... Adik yeyeek.."
"Mama... Kakak nak mandi.." "Mama..bangunla... kakak nak pegi sekolah ni"
OK.. Jom mandi semua.

Baru pukul 8.30

Siap-siap mandi pakai bedak sikat rambut

"Mama... dah siang ni. Nanti lambat"
Macam tahu-tahu aje dah lewat.
(Alaa.. Kakak sekolah nursery aje..)

"Hari ni kita sekolah lambat sikit, cikgu kakak belum datang"

"Ada.. kakak dah nampak cikgu".
(memanglah dia nampak, pasal "sekolah" dia seberang jalan aje. Hehe..

Semangat sungguh kakak nak pergi sekolah.. Nak main dengan kawan-kawan la tuh..

9.30...
Baru la mama diorang mandi..
tingtongtingtong... 
Pukul 10 hantar budak dua orang tu gi sekolah diorang.

Jemur baju dulu..
Harap cuaca cerah sampai petang. 
Kalo tak, terpaksalah buka pasar malam dalam rumah..hehe
(Sangkut baju sana sini)

10.30 start enjin kereta..
Oh.. Lupa pulak road tax dah siap
Tampal road tax dulu..layan-layan RedFM

lalalala...
Jaga exam satu jam...

Em..

Esok sekolah seperti biasa
Kutip buku teks budak-budak form 3
Rindu kat kerusi dalam bilik guru tu

Apa cerita terkini erk..


Saturday, October 8, 2011

Mia dah 4 Tahun..

Beli kek, pas tu tak ingat nak simpan dalam peti ais. Gi skolah semula pasal ada kelas. Maklumla, time tu budak-budak kat skolah nak exam dah. Pukul 4, abis kelas, goreng mi sikit, goreng nugget pas tu bawak gi umah wan kat Sega. Sampai umah wan, buka kotak kek... Alamak cair dah kek..huhu.. Cian Mia

Papepun, meh layan gambar Mia sambut besday kat umah wan.. Sempoi-sempoi aje...

Kek aiskrim yang lupa simpan dalam peti ais..

Wajdi pun nak potong kek juga



Mia dengan Mak Enteknyer..

Gambar ni ehsan kamera MakMie Mia, mama Mia bawak camera takde bateri..heheh..

Sunday, July 3, 2011

Lama tak balik kampung..







 

 Jalan-jalan petang hari..



 Sabar anak-anak..





 Angin sepoi-sepoi





Lembu, Mia, Mama ia..









..