Click klik

Friday, December 2, 2011

Sibuk...

SPM belum habis .. Ada dua minggu lagi. 
Budak-budak yang nak exam pun dah penat sangat muka diorang. 
Yang jaga exam pun lagi penat. Kejap-kejap cari makan. 
Mengunyah aje.. hehehe.. 
berat pun naik 2-3 kilo dah.. aduhhhh...

Wednesday, November 16, 2011

Hari ketiga SPM

Assalamualaikum..
Hari ni hari ketiga peperiksaan SPM berlangsung. Tahun ni masih lagi menyerahkan diri untuk jadi pengawas exam. Boleh la claim-claim sket untuk shoping hujung tahun nanti hehe.
Al-kisahnya hari ni kena la jaga calon yang ambil exam kat hospital.  Tak la jauh sangat dari rumah.
Yang bestnyer, boleh duduk dalam bilik ada ekon lagi. Jaga dewan biasa panas sikit.
Yang lagi bestnyer, bilik tu dulu la Mia dan mama dia tidur selama seminggu masa Mia kena Chicken Pox dulu.
Imbas kenangan la pulops..hehe

Memang kesian la bila teringat Mia kena Chiken Pox dulu, sedih sangat.. Kecik lagi masa tu.. huhu..

Jom tengok gambar Mia masa sakit dulu..




Cian Mia.. Muka pun habis kena


Ni pulak belakang Mia. Teruk betul kenanya


Dua minggu lebih jaga Mia kat hosptal. Seminggu kat hospital Lipis, Seminggu lagi kat Hospital Temerloh.
Dah la time tu tengah sarat mengandungkan Wajdi.

Gambar ni kat Hospital Temerloh, Mia dah sihat sikit dah


Sekarang Mia dah sihat dah. Dah besar dah pun. 
Alhamdulillah




Wednesday, October 26, 2011

cameron family trip

hari : selasa
tarikh: 25 oktober 2011
lokasi: cameron highland

mama, mia & jedi berposing di ladang strawberi


mia sedang menikmati eskrem strawberi(cup yang kedua)


eskrem strawberi yang lazat

jedi berposing dekat akuarium(selepas gagal memanjat buah strawberi besar kat belakang tuh)

singgah 'ngeteh' kat cameron valley


sempat lagi posing berlatarkan ladang teh

Monday, October 24, 2011

Cuti seminggu...

Hari ni cuti umum negeri Pahang, (keputeraan Sultan Pahang), esok cuti peristiwa, Rabu cuti Deepavali, Khamis dan Jumaat cuti berganti, Sabtu dan Ahad, cuti hujung minggu... Isnin start sekolah balik.. Budak-budak sekolah akan exam akhir tahun.. Emmm Dah nak habis penggal 2011. Cepat betul masa berlalu.

Dua hari cuti ni tak buat apa-apa pun. Dok umah macam biasa. Hari ni gi makan kenduri. Jap lagi kena siap-siap dah. Gosok baju belum lagi. Budak-budak dah mandi. Tukar baju je nanti..hehe.

Tuesday, October 11, 2011

Abis jaga exam..

Hari ni last jaga exam PMR. Joli la budak-budak form 3 yer.
Hari ni ada dua orang calon aje yang ambil Bahasa Tamil kat pusat exam tu. nak tak nak kena la jaga juga kan. Untuk mudahkan kerja, kami bahagi la, 4 orang jaga paper 2 dan 4 orang lagi jaga paper1. 
Pengawas lebih dari calon..Emm..

Pasal dah pilih nak jaga paper 1, maka keluar rumah la pukul 10.30 pagi. Pagi tu golek2 dulu layan mata. Budak 2 orang ni, bagi susu pas tu suruh diorang layan TV. En Awang Mambang ada program kat skolah lain, so dia pun kluar rumah lewat sket hari ni..

Tiba-tiba.. "Mama... Adik yeyeek.."
"Mama... Kakak nak mandi.." "Mama..bangunla... kakak nak pegi sekolah ni"
OK.. Jom mandi semua.

Baru pukul 8.30

Siap-siap mandi pakai bedak sikat rambut

"Mama... dah siang ni. Nanti lambat"
Macam tahu-tahu aje dah lewat.
(Alaa.. Kakak sekolah nursery aje..)

"Hari ni kita sekolah lambat sikit, cikgu kakak belum datang"

"Ada.. kakak dah nampak cikgu".
(memanglah dia nampak, pasal "sekolah" dia seberang jalan aje. Hehe..

Semangat sungguh kakak nak pergi sekolah.. Nak main dengan kawan-kawan la tuh..

9.30...
Baru la mama diorang mandi..
tingtongtingtong... 
Pukul 10 hantar budak dua orang tu gi sekolah diorang.

Jemur baju dulu..
Harap cuaca cerah sampai petang. 
Kalo tak, terpaksalah buka pasar malam dalam rumah..hehe
(Sangkut baju sana sini)

10.30 start enjin kereta..
Oh.. Lupa pulak road tax dah siap
Tampal road tax dulu..layan-layan RedFM

lalalala...
Jaga exam satu jam...

Em..

Esok sekolah seperti biasa
Kutip buku teks budak-budak form 3
Rindu kat kerusi dalam bilik guru tu

Apa cerita terkini erk..


Saturday, October 8, 2011

Mia dah 4 Tahun..

Beli kek, pas tu tak ingat nak simpan dalam peti ais. Gi skolah semula pasal ada kelas. Maklumla, time tu budak-budak kat skolah nak exam dah. Pukul 4, abis kelas, goreng mi sikit, goreng nugget pas tu bawak gi umah wan kat Sega. Sampai umah wan, buka kotak kek... Alamak cair dah kek..huhu.. Cian Mia

Papepun, meh layan gambar Mia sambut besday kat umah wan.. Sempoi-sempoi aje...

Kek aiskrim yang lupa simpan dalam peti ais..

Wajdi pun nak potong kek juga



Mia dengan Mak Enteknyer..

Gambar ni ehsan kamera MakMie Mia, mama Mia bawak camera takde bateri..heheh..

Sunday, July 3, 2011

Lama tak balik kampung..







 

 Jalan-jalan petang hari..



 Sabar anak-anak..





 Angin sepoi-sepoi





Lembu, Mia, Mama ia..









..

Mandi kolam lagi






Bila cuaca panas..
 Sambil layan budak-budak..

 Pejam mata semua..










Mmmmmmm










..

Mandi kolam..





Isi masa berendam..haha
 

 
Siapa yang mandi?
Ada adik, kakak dan itik..



Abah pun ada..hehe










..

Cerita malam tadi


Main antu-antu




Cak... Terima kasih kepada penaja serkup kepala











...

Tuesday, May 24, 2011

cerita bergambar

hari ni abah amik gambar mia ala-ala model berpayung



adik pun nak jadi model gak....





adik merayu dengan muka paling sedih


dapat la payungnya...sedia untuk bergambar....1, 2, 3.....




laaaa...ni je aksinya..? hmmm....

Wednesday, May 18, 2011

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

Kepada semua warga pendidik, tak kira la, cikgu jenis apa. Cikgu tadika, cikgu PJ, cikgu besar, cikgu pencen, cikgu bersara. Semua adalah "Cikgu".

Selamat Hari Guru.

Sedar tak sedar, dah 9 tahun pegang title cikgu. Anak murid pun ada yang dah jadi cikgu. Harap mereka jadi cikgu yang sentiasa segar dan mekar. Andai layu, cepat-cepat siram bunga dan letak baja agar segar dan mekar selalu.

Untuk rakan-rakan seperjuangan, Harap jadi cikgu yang best!. .

Kepada cikgu-cikgu yang pernah jadi cikgu saya dulu, Terima kasih cikgu! (sebut macam dalam cerita Upin dan Ipin)

Macam mana sambutan Hari Guru esok? Harap semua ok..

Mimpi indah cikgu-cikgu.. Gud Nite..

Saturday, May 7, 2011

Sarapan di mana

Salam pagi salam sejahtera
Pagi ini sarapan di mana?



Lepas makan sarapan pagi yang enak nyum-nyum nasi lemak ayam goreng yang rangup lagi berminyak itu, singgah la ke taman bawa dua orang peminat buaian ni..

Pagi lagi dah main kat taman. Taman kosong tak ada orang..

Buai daju-daju, sampai kokok bunye.. apa dalam baju, senguntum bunye ctine..











########################

Friday, May 6, 2011

Lama sangat tak up date..

 Tak tau la.
Malas + tekde mood. Sibuk sangat tak la juga.
Kalau dah mengadap, lama la pulak ambil masa.
Kena uruskan masa dengan lebih baik ni.

Kalau bawa laptop gi skolah, memang tak sempat. Maklum la, kita memang tak ngajar pakai komputer pun.
Banyak sangat kalau... hehe

Balik rumah, jarang sangat ada masa free..( Sbnrnya banyak sangat, saje buat-buat tak cukup masa)

Bila samapai rumah aje, biasanya angkat baju dulu, lepak- lepak kejap dengan En Awang, kemas-kemas rumah sket, kalau sempat Zzzz sekejap. Dekat pukul lima baru ambik budak dua orang tu. Pasal kalau ambik awal, diorang tengah main la, makan la, tidur la... So, ambik la ikut time.. hehe

Biasanya ambil diorang jalan kaki aje, seberang jalan rumah aje. Pas tu baru la agenda bawa diorang jalan-jalan, Kadang-kadang bawa gi kedai aje, beli air kotak. Kalau tak penat sangat bawa gi taman main-main.

Mia n Wajdi

Besar dah anakanda dua orang ni, so tahun depan boleh la pikir-pikir tambah lagi sorang..

Tuesday, March 15, 2011

Mood jalan-jalan

Lama rasanya tak menjelajah ke blog-blog orang lain. Sibuk sikit la.
So malam ni nak ronda-ronda sampai kefala fenin...hehe

Jom merempitttt...

Prengggg..prenggggg





Gambar ni ambik kat Google..

Siap juga..

Setelah berusaha gigih selama beberapa hari, akhirnya siap juga. Tapi kira lewat juga siap tu, pasal budak-budak exam hari pertama lagi. Kertas diorang tu boleh siap awal lagi sepatutnya. Tapi biasala cikgu dia ni. Banyak iklan dari siaran. Hehe. Sakit pinggang, sakit tengkuk, sakit mata baca karangan.

Antara yang buat aku fenin kefala..

En Awang rehat mata dulu. Cari ilham kot Kui kui..jangan marah arrr..

Pejam celik

Pejam celik, pejam celik, dah 10 minggu sekolah. Cuti sekolah pun dah bermula. Apa agaknya program cuti ni.
Kami tak gi jalan jauh-jauh kot. Kertas peksa belum habis tanda. En Awang punya pun lagi banyak nak ditanda.
Hari ni hantar budak dua orang tu gi taska diorang. Tak boleh buat kerja kalau diorang ada kat rumah ni. Macam-macam ragamnya.

Macam-macam jawapan ada dalam kertas jawapan. Mula-mula baca nak gelak pun ada. Tulis karangan macam cerita kat member sebelah aje. Ayat macam dalam cerita Korea pun ada. Kadang-kadang rasa nak buat roket pun ada.
Sabar aje la. Namapun menanda kertas peksa.

Papepun selamat menanda kertas peksa

Sunday, March 13, 2011

Mood masak-masak

Hari ni rajin pulak nak masak-masak. Dah lama sotong dan ikan dalam peti ais ni tunggu giliran. Tadi pesan ngan En Awang beli sayur sket dan cili kering. Masak mudah-mudah aje. Cepat dan gerenti jadi..hehe


Jom layan gambar


Sambal Sutun
Kangkung goreng taucu
kerdas@geduak
ikan goreng mati dalam iman
Semua sedap
Asal memasak aje, mesti nak boh dalam blog. Nampak sangat jarang memasak .. hehe

Friday, March 4, 2011

Rancaknya bersembang...

Kik..kik..kik.. Amboi.... Rancak sungguh Kak Ikin bersembang. Topik apa agaknya tu.. Oh, Barang cosway dah sampai. Macam-macam ada. Order baru ke Kak Pah?

Mari tengok apa yang ada

Macam-macam ada.. Pencuci tandas ada, penggilap kereta ada.

Ubat nak kuruskan badan pun ada. Gunting tu tak jual yer..

Kak Zah, model ubat sakit lutut.

Kak Pah diapit pelanggan setianya..hehe. (Gembira aje Kak Ikin tu, ada apa-apa ke?)

Takde kerja, cari kerja. Bersiaran dari sekolah. Hari Jumaat katakan, Sumer happy aje. Maklumlah esok cuti. Yeeehaaa!

Thursday, February 24, 2011

Bersiaran dari sekolah..

Lama tak update laman blog ni. Sibuk sikit dengan xtvt sekolah. Sukan la, koko la, kelas la..
Biasala. Namapun makan gaji. Kalau tak kerja makan gaji, apa agaknya kerja saya sekarang.

Kalau bersiaran dari sekolah ni, macam curi tulang aje.hehe.
Bawa laptop nak buat dokumen lain, lain pula yang siap dulu..

buku koleksi soalan exam tahun-tahun lepas. Baru sampai Peter bagi sampel.

Bukti bersiaran dari sekolah.. hehe

Friday, January 28, 2011

Hari Jumaat dah..

    Sedar tak sedar dah empat minggu bersekolah untuk tahun 2011 ni. Macam-macam aktiviti berlangsung. Dari saat ke minit, dari minit ke jam, dari siang ke malam.. Hampir tamat Januari..
   Cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina.. Boleh la rehat sikit. Tapi En Awangku sekolah la Isnin dan Selasa.. Mmm.. Apa nak buat yer cuti ni. Cuaca pun hujan aje memanjang.. Nak banjir dah kot...

Monday, January 24, 2011

Sekolah enam hari seminggu..

Salam... Lama tak online. Sibuk sangat tu tak la. Mood takde. Campur pulak dengan penat.
Minggu lepas sekolah sampai enam hari. Hari Sabtu ganti untuk sambung cuti Tahun Baru Cina.Maklumla, ngajar kat Chung Hwa, kena la cuti TBC lama sikit.

Penat sungguh rasa badan. Orang lain kalau sekolah ganti boleh la balik awal sikit. Ni tidak. Balik 2.40 juga. Hangit aje rasa. Papepun... esok sekolah.. Zzzzz

Saturday, January 15, 2011

Nak cerita pasal harga juga..

Tadi sambil jenjalan kat blog-blog orang, terbaca la entri Mama Wanie pasal dia boikot kedai jual getah ikat rambut yang poyo tuh. Alkisahnya saya juga sedang tak puas hati pasal harga dan barang yang dijual oleh orang kita nih.

Hari Khamis dulu pas balik dari sekolah gi la kat pasar cari-cari barang nak masak untuk pot luck En Awang. (Awal lagi skolah dia dah buat pot luck). Tengok-tengok apa yang ada dan apa yang boleh dimasak untuk hari esoknya.

Pasa belek-belek, jalan-jalan saya pun beli la bahan-bahan nak masak kerabu kerang pucuk paku. Kira ingat-ingat lupa aje cara nak masaknya.

Beli la pucuk paku dan kerang kat sorang nyonya kat pasar tu. Kitorang memang biasa sangat beli sayur kat nyonya sorang ni. Lupa pulak, tak lupa juga saya mintak tauge RM singgit. Banyak la jugak nyonya tu bagi. Kira berbaloi la harga dan barang yang saya dapat.

Ok, ni kisah gi pasar hari khamis.

Semalam (hari Jumaat) pergi pula  pasar petang nak cari barang-barang dapur sikit sambil cuci mata tengok orang jual baju dan tudung (hehe, nasib tak membeli). Pikir-pikir nak masak apa untuk esok. Pergi kat tempat orang jual ikan, beli la ikan selar empat ekor, RM 7. Ingat-ingat balik apa ada dalam peti ais... (ada sayur dah layu pasal lama sangat tunggu kena masak). Masak tauge masak lemak la. Dah lama tak makan. Pergi la kat tempat orang jual sayur. Intai-intai nampak la tauge.. Saya pun mintak la tauge harga singgit.. Tengok dia timbang tak sampai pun 300gm.. Bapak mahal!!!.. Ada semangkuk kecik ajer.. Bengkak juga rasa. Pasal beli dengan nyonya semalam jauh lebih 2 x ganda banyaknya. Tu la orang kita ni, nak cepat untung. Tauge singgit pun dapat dua genggam aje. kalau chek balik harga tauge kat pasaran rasanya 1 kg baru RM 1.50. Apasal saya beli RM 1 tak sampai 300gram????

Nak kena boikot juga dia nih..

Friday, January 7, 2011

Penat..

     Minggu pertama sesi persekolahan sangatlah memenatkan. Kepada semua yang bergelar cikgu tentu tahu beban awal tahun ni. Lepas aje result PMR keluar, sibuklah membuat analisis dan target baru untuk tahun depan. Berebut pulak tu nak masukkan data kat komputer dalam bilik guru. Belum start sekolah lagi dah sibuk. Nak buat persiapan sesi persekolahan penggal baru bukan boleh main cincai-cincai aje, silap gaya boleh kena cincang pula dengan bos.
     Mula dengan mesyuarat pertama lagi semua dah sibuk. Biasanya first meeting nih excited nak tahu apa tugas penting tahun ni. Macam tahun lepas la, masih jadi bos buku teks. Takpe, dah kira pandai dah buat semua benda tu. Jadi mak kepada budak-budak kelas peralihan lagi. Takpe, memang dah ready dah nak jaga budak-budak kelas peralihan ni. Saya ni mengajar di sekolah jenis kebangsaan (cina), so budak-budak yang dapat D atau E bahasa Melayunya masa UPSR, kena la duduk kelas peralihan dulu. Bagi mantap sikit bahasa diorang ni setahun.
     Tengok senarai murid ada dalam 17 orang. Tapihari ni ada 12 aje  yang tinggal, lima orang lagi buat rayuan naik tingkatan satu. Kena la pulak saya sediakan kertas  ujian penulisan bahasa Melayu kat diorang ni. Nak tengok layak ke tak naik tingkatan satu. Awal tahun lagi dah buat kertas soalan.. Lepas lulus ujian tu, dapat la lima orang ni naik tingkatan satu. So anak murid yang ada dalam kelas peralihan ni ada la 12 orang sahaja.
     Hari pendaftaran sekolah tak kurang sibuknya. Nak sediakan buku teks budak-budak tingkatan satu di samping menjayakan tugas sebagai guru tingkatan. Nasib baik ramai yang membantu. Terima kasih semua. Specially Kak Zah yang tolong uruskan kutipan yuran. 
     Dalam sibuk-sibuk menyelesaikan urusan kelas, di samping P&P yang kena on hari pertama lagi, bilik SPBT sentiasa menerima kunjungan murid untuk ambil buku teks. Tu la, hujung tahun dulu orang suruh ambil tak mau datang ambil. Awal tahun dah susah. Budak-budak yang baru pindah keluar masuk sekolah sibuk dengan urusan buku teks. Tu belum masuk kerenah budak-budak tingkatan empat yang tukar subjek, dan sibuk la diorang menukar buku teks.. Penat sungguh rasanya..
Merentas Desa dah mula minggu pertama lagi. Meeting persatuan, kelab sukan pun dah bermula. Rasa macam sibuk aje tahun ni. Leo Club pun awal lagi dah start program.. Minggu pertama pulak tu. Projek pertama tahun ni tanam pokok kat sekolah, esoknya pula pergi melawat kanak-kanak istimewa. Bawa  exchange student dari Jepun. Nasib semua Lion dan Leo sporting. Aduh.. Penatnyer.. Rasanya tahun lepas tak sibuk macam ni. Belum selesai semua urusan di atas, datang lagi satu tugas, kena siapkan data aDDap.. data pertama yang nak dihantar sebelum 10 Januari ini. Nasib dah siap dan hantar. Harap tak ada masalah.
     Hari ni pun ada meeting HEM, pukul 5 petang baru habis. Bila dah meeting tu, maknanya ada tugas baru menunggu untuk disiapkan.
     Kesimpulannya, semua orang sibuk. Namapun kerja, jadi kena la buat kerja.. Kerja..kerja..kerja. Hari minggu ni tak boleh la nak lepak sangat. Ada banyak "bekal" yang dibawa balik ke rumah untuk dibereskan..



Anak-anak murid saya