Mula dengan mesyuarat pertama lagi semua dah sibuk. Biasanya first meeting nih excited nak tahu apa tugas penting tahun ni. Macam tahun lepas la, masih jadi bos buku teks. Takpe, dah kira pandai dah buat semua benda tu. Jadi mak kepada budak-budak kelas peralihan lagi. Takpe, memang dah ready dah nak jaga budak-budak kelas peralihan ni. Saya ni mengajar di sekolah jenis kebangsaan (cina), so budak-budak yang dapat D atau E bahasa Melayunya masa UPSR, kena la duduk kelas peralihan dulu. Bagi mantap sikit bahasa diorang ni setahun.
Tengok senarai murid ada dalam 17 orang. Tapihari ni ada 12 aje yang tinggal, lima orang lagi buat rayuan naik tingkatan satu. Kena la pulak saya sediakan kertas ujian penulisan bahasa Melayu kat diorang ni. Nak tengok layak ke tak naik tingkatan satu. Awal tahun lagi dah buat kertas soalan.. Lepas lulus ujian tu, dapat la lima orang ni naik tingkatan satu. So anak murid yang ada dalam kelas peralihan ni ada la 12 orang sahaja.
Hari pendaftaran sekolah tak kurang sibuknya. Nak sediakan buku teks budak-budak tingkatan satu di samping menjayakan tugas sebagai guru tingkatan. Nasib baik ramai yang membantu. Terima kasih semua. Specially Kak Zah yang tolong uruskan kutipan yuran.
Dalam sibuk-sibuk menyelesaikan urusan kelas, di samping P&P yang kena on hari pertama lagi, bilik SPBT sentiasa menerima kunjungan murid untuk ambil buku teks. Tu la, hujung tahun dulu orang suruh ambil tak mau datang ambil. Awal tahun dah susah. Budak-budak yang baru pindah keluar masuk sekolah sibuk dengan urusan buku teks. Tu belum masuk kerenah budak-budak tingkatan empat yang tukar subjek, dan sibuk la diorang menukar buku teks.. Penat sungguh rasanya..
Merentas Desa dah mula minggu pertama lagi. Meeting persatuan, kelab sukan pun dah bermula. Rasa macam sibuk aje tahun ni. Leo Club pun awal lagi dah start program.. Minggu pertama pulak tu. Projek pertama tahun ni tanam pokok kat sekolah, esoknya pula pergi melawat kanak-kanak istimewa. Bawa exchange student dari Jepun. Nasib semua Lion dan Leo sporting. Aduh.. Penatnyer.. Rasanya tahun lepas tak sibuk macam ni. Belum selesai semua urusan di atas, datang lagi satu tugas, kena siapkan data aDDap.. data pertama yang nak dihantar sebelum 10 Januari ini. Nasib dah siap dan hantar. Harap tak ada masalah.
Hari ni pun ada meeting HEM, pukul 5 petang baru habis. Bila dah meeting tu, maknanya ada tugas baru menunggu untuk disiapkan.
Kesimpulannya, semua orang sibuk. Namapun kerja, jadi kena la buat kerja.. Kerja..kerja..kerja. Hari minggu ni tak boleh la nak lepak sangat. Ada banyak "bekal" yang dibawa balik ke rumah untuk dibereskan..
Anak-anak murid saya |
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kata-kata anda. Komen anda sangat dihargai