Tadi sambil jenjalan kat blog-blog orang, terbaca la entri Mama Wanie pasal dia boikot kedai jual getah ikat rambut yang poyo tuh. Alkisahnya saya juga sedang tak puas hati pasal harga dan barang yang dijual oleh orang kita nih.
Hari Khamis dulu pas balik dari sekolah gi la kat pasar cari-cari barang nak masak untuk pot luck En Awang. (Awal lagi skolah dia dah buat pot luck). Tengok-tengok apa yang ada dan apa yang boleh dimasak untuk hari esoknya.
Pasa belek-belek, jalan-jalan saya pun beli la bahan-bahan nak masak kerabu kerang pucuk paku. Kira ingat-ingat lupa aje cara nak masaknya.
Beli la pucuk paku dan kerang kat sorang nyonya kat pasar tu. Kitorang memang biasa sangat beli sayur kat nyonya sorang ni. Lupa pulak, tak lupa juga saya mintak tauge RM singgit. Banyak la jugak nyonya tu bagi. Kira berbaloi la harga dan barang yang saya dapat.
Ok, ni kisah gi pasar hari khamis.
Semalam (hari Jumaat) pergi pula pasar petang nak cari barang-barang dapur sikit sambil cuci mata tengok orang jual baju dan tudung (hehe, nasib tak membeli). Pikir-pikir nak masak apa untuk esok. Pergi kat tempat orang jual ikan, beli la ikan selar empat ekor, RM 7. Ingat-ingat balik apa ada dalam peti ais... (ada sayur dah layu pasal lama sangat tunggu kena masak). Masak tauge masak lemak la. Dah lama tak makan. Pergi la kat tempat orang jual sayur. Intai-intai nampak la tauge.. Saya pun mintak la tauge harga singgit.. Tengok dia timbang tak sampai pun 300gm.. Bapak mahal!!!.. Ada semangkuk kecik ajer.. Bengkak juga rasa. Pasal beli dengan nyonya semalam jauh lebih 2 x ganda banyaknya. Tu la orang kita ni, nak cepat untung. Tauge singgit pun dapat dua genggam aje. kalau chek balik harga tauge kat pasaran rasanya 1 kg baru RM 1.50. Apasal saya beli RM 1 tak sampai 300gram????
Nak kena boikot juga dia nih..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kata-kata anda. Komen anda sangat dihargai