Click klik

Sunday, October 31, 2010

Sakit perut pulak..


Ada lagi.. Ni antara siri lawak kat masjid. Macam-macam. Tapi sebenarnya memang ada dalam realiti hidup kita.Sesiapa yang suka menyakat member tu, mesti pernah buat kerja ni.. Tabiat suka menyakat memang selalu aje terlintas dalam fikiran nakal manusia.. hehe.. kesian member tu..







Saturday, October 30, 2010

Kain pelikat kena curi..

Sila klik pada gambar

Ni antara story Lambok yang boleh ketawa guling-guling. Tapi kalau nak lagi guling kena baca part lain dalam kisah Tok Imam nih..haha

Friday, October 29, 2010

Pak Kacok





Tak scan pun.. Snap dgn kamera ..haha

Ha ha ha...


Suka baca APO, tapi tak pernah beli pasal Cik Awang kita tak pernah tak beli.
Paling suka karya lambok.. memang gila idea dia. Kadang-kadang terguling-guling gelak..
Jom layan



Wednesday, October 27, 2010

Pabila mama pening kepala..




Petang semalam pening kepala. berdenyut-denyut aje rasanya.
Balik rumah terus pengsan.
Tapi sebelum tu sempat g shoping barang bebudak sikit dan belikan aiskrim yang dah dua hari diminta oleh Damia.

Inilah rupa budak-budak ni bila makan aiskrim..


"Dah abis dah"
Mungkin ini diolog Wajdi kepada abahnya..



Abahpun zoom dekat sikit untuk menunjukkan betapa comel anak teruna kami ni.


Lepas tu abah pergi ke dapur untuk melihat khabar Damia pula..





Jelingan manja
Layan aiskrim di sudut dapur.
Mama dah pesan makan dok kat situ aje.




Uuuu... Comotnyer..

Takpe..
Makanlah anak-anak.
Nikmati aiskrim tu.
Lepas ni kita mandi yer..

Monday, October 25, 2010

Menu hari ini..


Masak apa hari ni?

Masak???

Sebab hari ini negeri Pahang bercuti, jadi kita pun rajin la memasak di rumah.

Masak ini aje. Senang, cepat dan rasa pun boleh layannzzzzz..





Sardin dengan pucuk labu masak lemak...



# Macam biasa juri tetap kite Bro Awang Mambang akan memberika komen dan bintang terhadap menu hari ini..

# Ingat petang ni nak try masak kek carrot plak. Kalau jadi kita upload, kalau tak... tak jadi la tu..


Friday, October 22, 2010

Thursday, October 21, 2010

Sawan..

Al kisah hari ini sedang sibuk mengajar murid kelas peralihan Bahasa Melayu, satu kejadian telah berlaku.

Anak murid diserang sawan.

Apa nak buat?

Panik kejap..

Mujur serangan sekejap sahaja...

Nasib takde apa-apa budak tu..

Kena belajar cara nak hadapi budak kena serangan sawan..

Mana tahu, sawan itu akan menyerang lagi..

Sawan..

KITA kerap mendengar penyakit gila babi atau sawan babi yang lebih berkait rapat dengan kekejangan atau 'tarik' yang berulangan dengan penghidapnya menggigil sehingga memerlukan bantuan segera. Namun, secara amnya tidak ramai yang mengetahui apa sebenarnya punca penyakit ini yang turut dikenali epilepsi dari segi istilah perubatan.

Hakikatnya, penyakit ini berlaku hasil tindak balas masalah isyarat elektrik yang salah dalam otak. Atau ringkasnya, aktiviti elektrik otak yang normal diganggu oleh lebihan aliran elektrik dalam otak yang menyebabkan berlakunya masalah komunikasi sementara antara sel saraf.

Penyakit ini menjejaskan kehidupan lebih 180,000 orang dalam setahun dan di seluruh dunia, sekurang-kurangnya sejuta orang akan mengalami epilepsi seumur hidupnya.

Lebih membimbangkan, dua juta kes baru dicatatkan setiap tahun yang membuktikan epilepsi adalah masalah universal dan antara masalah neurologi yang serius.

Bagaimanapun, Ketua Jabatan Neurosains Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan, Prof Jaffri Malin Abdullah, berkata bukan semua orang yang mengalami tarik atau kekejangan ini berhadapan dengan epilepsi.
Ini kerana, ada kalanya, serangan sawan itu berlaku apabila pesakit berhadapan dengan masalah kekurangan air yang keterlaluan atau suhu badannya terlalu tinggi.

“Namun, jika seseorang itu mengalami kekejangan dengan kerap tanpa sebab, ini mungkin gejala dia mengalami epilepsi. Malah epilepsi juga boleh disebabkan kecederaan otak, jangkitan otak seperti meningitis atau penyakit yang mengganggu pembentukan otak janin ketika dalam kandungan ibu.

“Epilepsi ini juga boleh disebabkan kekurangan oksigen pada otak bayi kepada dilahirkan,” katanya.

Menurut Prof Jaffri, epilepsi boleh menjejaskan bahagian otak yang berlainan dan ia terjadi dalam pelbagai cara bergantung kepada sel otak yang terbabit.
Sesetengah kes kekejangan ini menjejaskan keseluruhan badan pesakit dan menyebabkan penyebaran aliran elektrikal ke seluruh otak dan keadaan dikenali sebagai ‘tonic-clonic.’

Ada juga masalah yang lebih tertumpu iaitu aliran elektrikal hanya menjejaskan bahagian kecil otak yang dikenali sebagai ‘kekejangan sebelah’ yang menyebabkan pesakit sedikit keliru atau gangguan pergerakan motor atau kedua-duanya sekali, tetapi tanpa disedari individu berkenaan. Namun, ada juga kes yang mana pesakit mengalaminya dalam keadaan sedar.

“Segelintir pesakit pula mengalami kekejangan jenis sebelah sebelum merebak ke seluruh otak menjadi kekejangan jenis ‘tonic-clonic.’ Kekejangan ini pula boleh berlaku beberapa kali sehari atau sekali beberapa bulan.

“Apa yang pesakit alami sama ada hilang sedar, perubahan dalam penglihatan atau rasa tidak selesa pada perut sebenarnya bergantung pada jenis epilepsi. Sesetengah pesakit mengalami keadaan seperti bermimpi, yang lain mungkin mengalami perasaan gembira dan sedih yang bercampur aduk. Sementara ada yang mengulang-ulang pergerakan seperti mengenyit mata,” katanya.

Bagaimanapun, bukan semua kes epilepsi memerlukan pembedahan. Doktor akan memberi rawatan lain seperti ubat-ubatan terlebih dulu. Namun, jika pembedahan diperlukan, alat khas bagi membantu mengesahkan aktiviti elektrik dalam otak manusia.

Prof Jafri berkata, otak mengandungi satu trilion sel berbeza dengan separuh daripada sel ini memiliki fungsi sel elektrik yang berlainan. Kuasa elektrik ini sangat kecil dan negatif, justeru alat khas digunakan bagi mengukur cas negatif berkenaan. Epilepsi datang daripada sel yang sakit dan umumnya ia terjadi pada bahagian otak tepi dan otak depan.

“Bagi pesakit epilepsi, kaedah magnetoencephalography atau MEG adalah teknik membantu mengesahkan antara sel yang sihat dan sel yang terjejas. MEG sebenarnya bukanlah keajaiban baru dunia perubatan. Ia sudah dikenali sejak 1968 tetapi di Malaysia dan Asia Tenggara, MEG cuma ada di HUSM,” katanya.

Prof Jaffri berkata, MEG adalah teknik ‘non-invasive’ (tidak membabitkan pembedahan) bagi mengkaji epilepsi dan fungsi otak. Dalam kes epilepsi, MEG digunakan bagi mengenalpasti sumber ‘epileptiform’ dalam aktiviti otak yang berkemungkinan besar adalah sumber kepada berlakunya ‘tarik’.

“MEG memiliki keupayaan menentukan pemetaan otak bagi memastikan pembedahan dibuat dengan teliti tanpa kemudaratan. Malah dalam kes lain, ia mampu mengesan 80 peratus kes berkaitan otak lebih awal dan tepat sebelum rawatan dibuat. Kaedah ini juga menjadi cara baru merekod dan menganalisa fungsi otak dengan mengukur magnetik yang dihasilkan aktiviti elektrik dalam otak. Rakaman ini memberikan ukuran fungsi berterusan yang berlaku pada neuron dan boleh menunjukkan lokasi neuron yang tidak berfungsi,” katanya.

Secara ringkas MEG adalah teknik yang membantu mengenal pasti sumber aktiviti elektrik dalam otak manusia menggunakan ukuran magnetik ‘non-invasive’ dan tidak menyakitkan, tanpa jarum, selamat dan tidak membabitkan sebarang unsur radiasi dan pembedahan. Malah, ia boleh dilakukan kepada kanak-kanak.

“Teknik ini juga mampu mendiagnosis masalah angin ahmar, trauma pada otak, masalah sakit jiwa dan kemurungan serta membantu dalam bidang kognitif yang membabitkan terapi rehabiliti dan rawatan psikologi,” katanya.

INFO: Epilepsi

# Epilepsi masalah berkaitan sistem saraf yang menjejaskan lebih 180,000 orang dalam setahun

# Ia disebabkan aktiviti elektrik dalam otak diganggu oleh discaj elektrik yang berlebihan menyebabkan masalah komunikasi sementara antara sel saraf.

# Epilepsi berpunca daripada kecederaan otak, jangkitan otak seperti meningitis atau penyakit yang mengganggu pembentukan otak janin ketika dalam kandungan ibu. Epilepsi juga boleh terjadi disebabkan kekurangan oksigen pada otak bayi kepada dilahirkan.

# Ia juga boleh disebabkan ketumbuhan dalam otak dan serangan angin ahmar

# Bukan semua kes epilepsi memerlukan pembedahan. Doktor akan memberi rawatan lain seperti ubat-ubatan terlebih dulu.

Wednesday, October 20, 2010

Lambat..

7.00 am : Dalam bilik air
7.05 am : Siap-siap pakai baju. Tak sempat mekap pun.
7.10 am : Siap-siap ambil beg, botol air, beg budak-budak.
7.12 am : Muka Wajdi meneran berak.
7.15 am : Siap basuh berak Wajdi (takyhah mandi pasal dia baru aje mandi)
7.20 am : Start enjin, mengarah dan menghambat budak dua orang tu supaya masuk
kereta.Sebelum tu diorang ada acara bergaduh nak tutup tv dulu.
7.22 am : Hantar budak dua orang ni g nursery, nasib baik seberang jalan rumah aje.
Tata, salam-salam dah abis 2 minit.
7.25 am : Pecut ke sekolah
7.27 am : Jem la pulak depan sekolah rendah. Emmm lemau sket.
7.30 am : Harap-harap dapat parking.
7.31 am : Ingatkan paling last hari ni, tapi sekolah masih senyap sunyi. Ramai lagi
yang belum sampai. Boleh parking tempat biasa.
7.32 am : Selamat, belum merah.
7.35 am : Oh, ingatkan aku aje yang berpeluh-peluh menekan minyak, rupanya ada
lagi.. hehe

Tuesday, October 19, 2010

Jimat @ Interaktif ??

Salam pagi kengkawan..

Sekarang warga sekolah kena buka email setiap hari.
(bagi la satu laptop kat kami yang tak dapat laptop free ni) hehe
Semua notis, panggilan mesyuarat, arahan, akan dihantar melalui email.
Minit mesyuarat dan analisa juga kena save sendiri dari komputer pejabat.
Kepada staf yang senior yang tak berapa sempat nak menggodam internet tu, kena la rajin-rajin sikit yer. Lama-lama nanti biasa la buka and jalan- jalan kat laman sesawang ni.
Lepas ni boleh la kita bertenet lelama yer..

P/S Nasib baik buka Cikgu yang tukang hantar email sekolah duduk depan kita aje, so, tak bimbang sangat la kalau tak sempat nak buka mail tengok notis.. Thanks Noni

Jimat @ interaktif ??

Penolong-Penolong Kanan
Ketua-Ketua Bidang
Ketua-Ketua Panitia
Pembantu Pentadbir
Kaunselor
Guru Aset Sekolah
Audit Dalaman

MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN SEKOLAH KE-3 / 2010

Tarikh : 18 OKTOBER 2010 (ISNIN)
Tempat : Bilik Lembaga Pengelola Sekolah
Masa : 3.00 Petang

Agenda:

1. Ucapan pengerusi
2. Mengesahkan minit mesyuarat
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Laporan audit sekolah beraudit 2009
5. Baki peruntukan PCG tahun 2010
6. Yuran tambahan sekolah
7. Isu dan masalah pengurusan sekolah
* Pembelian dan nota mohon / pesanan
* Buku tunai dan subsidairi
* Terimaan dan bayaran
* Stok dan lain-lain
* Daftar bil, daftar setem
* resit
8. Pengurusan aset alih kerajaan TPA
9. Hal-hal lain

Sekian, terima kasih

Monday, October 18, 2010


JADI BAHAN KETAWA: Siapa sangka di sebalik perut Encik Bhagat rupa-rupanya hidup makhluk yang tidak cukup sifatnya tetapi berkaki dan bertangan serta berkuku panjang. - Foto ABC

17 Okt 2010



Si 'lelaki bunting'

Lelaki di India tak sedar 'bawa' bayi di perut selama 36 tahun...


MELIHATNYA berjalan dengan perut yang terbuyut-buyut, ada yang sempat melemparkan kata-kata kesat, memanggil Encik Sanju Bhagat 'si lelaki bunting'.
Peristiwa yang berlaku lebih sedekad lalu itu membuatkan Encik Bhagat, 47 tahun, berasa malu. Nafasnya tersekat-sekat ketika berjalan pantas kerana perut yang 'sarat', bagaikan wanita hamil sembilan bulan.

Tidak diduga, di dalam perutnya yang membesar itu, hidup seorang bayi selama 36 tahun lamanya. Bayi itu dipercayai merupakan kembarnya - satu misteri perubatan dan kondisi yang dipanggil fetus in fetu atau janin di dalam janin.

Ia merupakan sesuatu yang tidak normal yang menyebabkan segumpal tisu - yang kelihatan seperti janin - tumbuh di dalam badan.

Terdapat dua teori sebab keadaan ini terjadi. Satu teori membabitkan gumpalan janin biasa yang kemudian tersembunyi dan diselaputi janin kembarnya.

Satu lagi teori menyatakan bahawa gumpalan tersebut adalah ketumbuhan atau teratoma yang membesar dengan sel-sel.

Fetus in fetu jarang-jarang berlaku dan dianggarkan hanya ditemui sekali sahaja dalam 500,000 kelahiran di dunia.

PERUT MACAM NAK 'MELETUP'

Bagi Encik Bhagat, seorang petani di Nagpur, India, kesengsaraan yang membelenggu kehidupannya. Beliau, yang mengimbas semula kejadian ngeri yang berlaku kepadanya ketika ditemui laman ABC News, berkata masalah perutnya yang membesar itu mencetuskan keadaan cemas apabila beliau terasa ia seakan hampir 'meletup'.


Beliau dikejarkan ke hospital apabila doktor menyifatkan ada ketumbuhan raksasa dalam perutnya yang perlu dibedah kerana ia membahayakan nyawa.
'Ketumbuhannya begitu besar sehingga ia menghimpit diafragmanya. Sebab itulah, beliau tercungap-cungap dan lelah,' kata Dr Ajay Mehta yang merawatnya di Hospital Tata Memorial di Mumbai.

Mulanya Dr Mehta dan pasukannya menjangkakan mereka bakal menghadapi kesukaran kerana tumor itu begitu besar untuk dibedah.

Tanpa diduga, sewaktu membedah Encik Bhagat, Dr Mehta terjumpa sesuatu yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Bergelen cecair memancut keluar daripada perut Encik Bhagat sebelum Dr Mehta dikejutkan dengan sepasang tangan yang terkulai layu di dalam perut itu.

'Saya terperanjat. Saya bagaikan boleh bersalaman dengan 'barang' dalam perut Encik Bhagat itu. Ia amat mengejutkan,' cerita Dr Mehta, suaranya masih terketar-ketar, mengenang peristiwa ngeri itu.
Teman Dr Mehta, juga pakar perubatan, yang enggan namanya disiarkan, pula mengimbas semula keadaan di bilik pembedahan.

'Dr Mehta meletakkan tangannya ke dalam perut Encik Bhagat. Katanya, macam ada banyak tulang di dalam perut lelaki itu. Mulanya, satu lengan keluar. Kemudian, satu lagi lengan. Ada sebahagian kemaluan, beberapa helai rambut, betis dan rahang manusia pula!' ujar doktor itu.
Di dalam perut Encik Bhagat, rupa-rupanya hidup makhluk yang tidak cukup sifatnya tetapi berkaki dan bertangan serta berkuku panjang.
'Kami terasa bulu roma kami berdiri! Kami bingung dan hairan,' kata Dr Mehta.

Sekilas pandang, Encik Bhagat bagaikan telah melahirkan. Sebenarnya, apa yang dikeluarkan merupakan serpihan tubuh yang sudah reput, yang dipercayai merupakan kembar Encik Bhagat.
Janin kembarnya mati dan hanya hidup sebagai parasit selepas terperangkap di dalam tubuh Encik Bhagat.
Dalam keadaan sebegini, tali pusat janin parasit itu tetap terkait dan menyedut bekalan darah Encik Bhagat sehingga membahayakan nyawanya. Encik Bhagat pula lega selepas pembedahan itu dijalankan. Namun, beliau enggan mengambil tahu tentang apa yang Dr Mehta lakukan pada 'khazanah' di dalam perutnya itu kerana akur beliau jenis yang penakut dan tidak sanggup mendengar kisah-kisah yang menyeramkan.

Selepas pembedahan dijalankan, kesakitan dan kesesakan nafas Encik Bhagat langsung hilang. Kes ini merupakan sesuatu yang menakjubkan bagi Dr Mehta dan teman-temannya, tetapi bagi Encik Bhagat, kesengsaraan yang dilaluinya selama 36 tahun, memalukan dan meragut tangkai hatinya.
'Hingga kini, walaupun kesihatan saya pulih seperti orang lain, saya masih lagi diusik dan dipersenda. Mereka kata saya menjalani pembedahan dan melahirkan 'anak' yang telah mati untuk mengempiskan perut saya!' katanya lagi.
p/s Satu dalam 500,000 kelahiran...... sebab kecelaruan biologi gamaknya!

Sunday, October 17, 2010

Lagi Info Perancang Keluarga

Mengikat tiub


Mengikat tiub dilakukan untuk menyumbat tiub fallopio supaya sperma tidak boleh sampai kepada telur.

Ianya dilakukan dengan meletakkan cincin pada tiub atau memotong sebahagian daripada tiub.

Prosedur ini mengambil masa satu hari dan insisi sepanjang 1cm akan dibuat pada pusat.

Ia tidak akan menjejaskan kebolehan atau keinginan seksual.

Ianya tidak boleh dipulihkan. Anda perlu pasti bahawa anda tidak mahu anak di masa akan datang dan tidak akan berubah fikiran lagi.

Ianya dilakukan pada minggu pertama kitaran haid, 5 hari selepas pembedahan atau semasa melakukan pembedahan untuk bersalin.

Peratus kegagalan: <1%

3 Kaedah paling popular kalangan kawan-kawan

Pil pencegahan kehamilan



Terdapat 3 jenis pil pencegah hamil:

(i) Pil pencegah hamil campuran
- Pil pencegah hamil ini mengandungi estrogen sintetik dan progestrogen (hormon yang
berfungsi seperti progesteron).
- Ia menghalang ovulasi dan menyebabkan dinding endometrium menjadi nipis supaya embrio
tidak dapat menempel. Selain itu, mukus di serviks juga menebal menyukarkan sperma
untuk berenang ke ruang dalam uterus.
- Mungkin akan menyebabkan haid yang pendek dan sedikit.
- Juga mungkin menyebabkan sakit kepala, rasa loya dan kenaikan berat badan pada awal
penggunaannya.
- Mesti diambil pada masa yang sama setiap hari berterusan sehingga 21 hari diikuti 7
hari rehat (haid akan keluar semasa tempoh rehat). Selepas 7 hari rehat, kitaran baru
pil dimulakan.
- Pil pencegah hamil ini boleh dibeli di mana-mana farmasi atau klinik
- Contoh-contoh: Nordette, Microgynon, Marvelon, Mercilon and Gynera.
- Peratus kegagalan: 0.1%

(ii) Pil progesteron sahaja (pil mini)
- Pil mini hanya mengandungi hormon progesteron
- Ia menjadikan dinding endometrium menipis dan mukus di kawasan serviks menebal.
Kadangkala ia juga berfungsi mengawal ovulasi.
- Aliran haid akan menjadi sedikit dan pendek. Kitaran haid juga menjadi tidak tetap.
Ini menjadikan pil mini kurang popular dikalangan pengguna pil pencegah hamil.
- Ia dianggap pil yang paling lemah dan kurang kesan sampingan tetapi kurang berkesan
jika dibandingkan dengan pil campuran.
- Ia diambil sepanjang tahun berterusan tanpa henti.
- Peratus kegagalan: 2%

(iii) Pil pencegah hamil kecemasan
- Pil pencegah hamil kecemasan digunakan untuk menghalang kehamilan sekiranya melakukan
hubungan kelamin tanpa sebarang perlindungan, dirogol atau mengesyaki kegagalan
kaedah pencegah hamil contohnya kebocoran kondom.
- Ianya diambil 72 jam (3 hari) selepas melakukan seks.
- Ianya tidak setanding pil pencegah kehamilan lain.
- Tidak sepatutnya digunakan berterusan kerana peratus kegagalan yang tinggi.
- Contoh: Postinor
- Peratus kegagalan: 5%
- Cara alternatif bagi pencegahan kehamilan kecemasan adalah dengan memasukkan IUCD
dalam masa 4 hari selepas menjalankan hubungan.


Alat pencegah kehamilan di dalam rahim (IUCD)

IUCD adalah alat kecil (3cm panjang) yang diletakkan ke dalam rahim untuk meransang tindakbalas keradangan di dinding endometrium supaya penempelan embrio tidak berlaku.
Waktu paling sesuai memasukkan IUCD adalah sebaik sahaja haid berhenti, pada masa yang sama menggugurkan kandungan atau semasa pemeriksaan selepas bersalin (1 bulan selepas bersalin)

Terdapat 2 jenis IUCD

IUCD Kuprum

- Ia mengandungi kuprum yang berfungsi menghalang sperma dari memasuki tiub fallopio.
- Ianya berkesan selama 3 tahun selepas dimasukkan.
- Aliran haid akan menjadi banyak dan panjang selepas dimasukkan.
- Peratus kegagalan:< 1%

Progestogen IUCD (Intrauterine Contraceptive System)

- Mengandungi Levonorgestel (hormon seperti progesteron) yang menjadikan mukus di
serviks menebal untuk menghalang sperma dari memasuki rahim.
- Boleh bertahan selama 5 tahun selepas dimasukkan.
- Kelebihan IUCD kuprum ialah, aliran haid tidak begitu banyak dan tidak menyakitkan.
- Peratus kegagalan: 0.1%

Implan pencegah kehamilan (Implanon)

- Implanon adalah alat seperti batang mancis, berwarna putih mengandungi
etonogerstel yang dimasukkan di bawah kulit di lengan.
- Dimasukkan oleh doktor terlatih dan bius setempat akan diberikan.
- Menghalang ovulasi, dinding endometrium menipis maka menyukarkan penempelan
embrio. Mukus di kawasan serviks juga menebal menyukarkan sperma untuk berenang
ke kawasan uterus.
- Boleh bertahan selama 3 tahun. Selepas tamat tempoh 3 tahun, mesti diganti
- dengan yang baru.
- Aliran haid menjadi sedikit dan sakit ketika haid berkurang.
- Boleh menyebabkan kitaran yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa
bulan.
- Peratus kegagalan: < 1%


Kepada kawan-kawan yang baru lepas melahirkan anak dan yang ingin menjarakkan kelahiran bolehlah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu semelum memulakan program perancangan keluarga..

Yang mana satu pilihan hati

Perancangan Keluarga

Mencegah kehamilan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, alat, ubat-ubatan atau prosedur pembedahan. Pencegahan kehamilan membolehkan anda menikmati kehidupan seksual tanpa perlu bimbang tentang kehamilan. Hasil kajian dan penemuan perubatan kini terdapat pelbagai cara untuk mencegah kehamilan. Anda perlu mendapatkan nasihat pakar kerana kaedah yang dipilih adalah bergantung kepada keadaan kesihatan, kehidupan sosial dan jarak kandungan. Semua kaedah mencegah kehamilan adalah berkonsepkan untuk menghalang persenyawaan dan penempelan embrio.

Berikut merupakan antara senarai pencegahan kehamilan yang terdapat di pasaran;
1. Pil pencegahan hamil (OCP)
2. Alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD)
3. Implan pencegah kehamilan
4. Suntikan pencegah kehamilan
5. Topi serviks
6. Diafragma
7. Kondom untuk wanita
8. Kondom untuk lelaki
9. Megikat tiub
10. Vasektomi
11. Kaedah berkala (perancangan keluarga semulajadi)
12. Pengunduran
13. Menyusukan

Wednesday, October 13, 2010

Sesat

Sedang enak menikmati makan malam lauk gulai maman ikan tenggiri, tetiba dengar bunyi benda menggelepar kat langsir dapur. Takut gak kalau-kalau kelawar yang masuk. tengok-tengok ada burung sesat. Apa lagi, kecoh la kami nak menghalaunya keluar rumah. Si Damia la paling seronok bila burung tu masuk rumah, melompat-lompat. Apa dia ingat mak dia nak bela burung ke?. Setelah berusaha dan burung tu pun dah penat, dapat la Cik Awang menangkapnya. Tengah sibuk-sibuk tu, sempat juga la ambil gambar. Yang penting, bila gambar ni diambil, Cik Awang tengah melolong pasal tangan kena sepit burung.. Burung apa nama? Tak tahu..

Gulai Maman Ikan Tenggiri..


Al kisahnya, semalam ada pasar petang kat taman kitorang ni.
Biasa la jalan-jalan romantikus dengan Cik Awang Mambang sebelum ambil dua orang anakanda tu dari nursery.
Ada la gak beli sikit-sikit untuk dapur, buah-buah sikit.
Sedang kite dok sibuk-sibuk beli ikat rambut untuk Damia,
Cik Awang dah maju jauh ke depan.
Kite follow aje la.
Nampak di beborak dengan sorang makcik yang jual sayur.
Membeli sayur la Cik Awang.
Maka disuruh la kite masak gulai maman.
Belasah la ikut resepi ingat-ingat lupa, cuba-cuba jaya ni.

Rasanya boleh tahan aje, tak la sesedap yang mak buat.. hehe.
Pasal mak memasak hari-hari, kite memasak 5 6 hari sekali..

# Berapa bintang Cik Awang nak bagi?

Sunday, October 10, 2010

Bunga Raya







Kempen Bunga Raya..




Bagi menghangatkan kempen Bunga Raya Bunga Kebangsaan,

Maka dengan ini, diumumkan..



Esok pakai baju bunga raya..

Dah siap gosok, gantung kat depan lemari..


Zoom dekat sikit nak tunjuk bunga raya


Kat lengan pun ada bunga raya.


Tudung bunga raya?

Belum beli lagi..

Aku masih setia..



Walaupun banyak yang menggoda, aku masih setia, sama macam dulu..




Sukar kulupakan..

Apa nak jadi





Hari demi hari, makin hancur
Undangan dan jemputan yang datang saban hari tidak mampu untuk ditolak.
Sekadar datang menjaga hati semua pihak.
Pesta di pejabat juga tidak kurang hebatnya. Semua ada, serata tempat.
Alhamdulillah, murah rezeki.
Kesannya pada siapa?

Aku tidak mampu menolak.

Open house..
Jamuan ..
Pot luck..
Kenduri..


Aduh..
Tapi yang ni memang salah diri sendiri.


Adakah aku mampu menolak, sedangkan aku yang meminta??


Ohhh...



Nyum..nyum...hehe

Sunday, October 3, 2010

Nak Shampoo..





Hampir mata lelap dan lena, tiba-tiba kedengara satu suara menangis hiba meraih simpati minta dilayan. Dalam nada sedu-sedan sayup- sayup tengah malam, jelas kedengaran,
"Huu..huu.. nak shampoo.."
"Kakak nak apa?" Tanya si emak yang agak hangin.
"Kakak nak shampoo huuu.."
"Nak apa?? Suara si emak tinggi sikit campur bingung
" Tido la, mana ada shampoo malam-malam ni"
"Huuu..huu.. nak shampoo, nak shampoo" Kata si kakak sampil menggenyeh-genyeh kaki ala-ala menggelupur kerana hajatnya nak shampoo tidak ditunaikan.
"Huu..huu... Cam gini gini, cam gini" Kata si kakak yang dah duduk sambil menggosok-gosok tangannya..
Ooo.. paham la dah si emak ni tadi.
Si emak pun bangun meraba-raba mencari benda yang ditangiskan tadi. Sekali "Prett" aje senyap la si kakak ni.
Lepas sapu-sapu, genyeh-genyeh, si kakak tu pun terus baring semula dan tido.
Emmm.. Macam-macam hal.


Shampoo datang dari bilik air




Tapi ini la benda yang ditangiskan.
Kecik-kecik sebelum tido nak sapu lotion dulu macam mak dia la.

* Bila dah ngantuk shampoo dengan lotion pun tak boleh nak beza (ataupun tunggang
terbalik lagi dalam akal dia, maklum la umur baru tiga tahun)

Saturday, October 2, 2010

Sekolah saya



Ni gambar masa sambutan hari guru sekolah tahun ini.
Ingat lagi time baru transfer kat sini pasal pindah ikut Cik Awang.
Masa tunggu dapat pindah kat mana, berdebar la juga, takut tak dapat pindah, dan takut dapat kat skolah ni. Hehe

Hari pertama masuk kelas, ada sorang budak perempuan kejar budak lelaki bawak penyapu sambil jerit-jerit lari keliling sekolah. Time tu tak boleh nak buat ape. Tengok aje la.
Minggu pertama dan sepanjang bulan pertama di sini, balik rumah je tension, pening kepala, sekolah baru budaya baru. time tu rasa nak pindah aje, memang menguji mental, perangai budak yang macam-macam.

Enam bulan pertama, ayat nak pindah tu sentiasa keluar dari mulut, rasanya ada tiga kali kot isi borang pindah..

Tapi tu dulu, empat tahun dulu, sekarang rasa nak pencen kat sekolah ni aje da.. keh..keh..

Boleh senyum dan gembira di sini.

Hadiah hari jadi Mia..

Tahun ni beli beg baru aje untuk Mia.
Bukan main suka dia time dapat dapat beg baru.
Tapi ada pulak orang tak puas hati (jeles la si adik dia pulak)
Jadi Mia boleh melaram beg baru bia adik dia tido aje la..


Tengok tv sambil dukung beg. Letak anak bear dia dalam beg.


Ewah..


Tanda harga pun tak buang..

Friday, October 1, 2010

Hepi Bday Mia


Damia 3 tahun..
Happy bday to u.
Ingat lagi sakit beranak 3 tahun dulu.
Sakit yang tak boleh nak lupa sampai bila-bila.
Sakit weh nak keluarkan sorang budak nih..
Papepun, Mia dah berumur tiga tahun, moga jadi anak yang solehah..
Mama tak buat papepun, beli kek aje dan makan.. nyum..nyum

Kek bday Mia



Selamat Hari Jadi.. Selamat Hari Jadi...
Selamat Hari Jadi Damia..
Selamat Hari Jadi..
Adik tak pandai nyanyi lagi, so mama nyanyi tuk Mia yer..

Mia dah buka baju. Kek dia punya, buat la apepun..
Habis ke makan dua orang tu?



Adik yang paling banyak makan..
Mama ngan abah rasa sikit aje..hehe