***********************************************************************************
Sedang enak dibuai mimpi indah mandi-mandi di Long Amo, tiba-tiba berbunyi la henset Motorola canggih yang dah layak masuk muzium tu memecahkan percikan air ke muka dan menjagakan tidur lena. Apahal la pulak lagi ni. Takkan la ada orang skodeng rumah pulak pagi-pagi macam ni. Tengok jam baru pukul 2 pagi.
Nak tak nak bangun jugak la walau mata mengantuk yang amat. Jam dah pukul 2 pagi, esok nak skolah. Kompom tak tido sampai siang. Apa hal plak kali nih..
Lepas kejutkan semua yang ada dalam rumah cap goyang tu, aku call la pulak kekawan rumah cap goyang sebelah rumah. Bagi menjimatkan masa, kami 4 orang pun berjalan sejauh hampir 500 meter, pada pukul 2 pagi tanpa bawak lampu suluh. Berani sungguh time tu. Meredah pagi yang sejuk. jalan pegang tangan, jalan selaju mungkin dan berlari-lari anak. Berpeluh jugak la nak sampai ke tempat yang dituju. Kalau kena kejar anjing pun, kompom kami yang menang.. hehe
Cahaya yang menerangi destinasi kelihatan, apalagi lari pecut la kami. Takut weh, jalan kaki pukul 2 pagi. Dah la gelap, utan keliling. Sabar aje la. Kawan punya pasal apapun sanggup time tu.
Apahal???
Ada orang sakit nak bersalin.. Adusss. Pagi-pagi ni mana la klinik buka lagi. Bidan yang kerja on call pun tak nampak batang hidung. Kalau beranak kat rumah ni, sapa nak tanggung. Kami sumer ni bukannya tahu ilmu beranak ni.
Punya la sardis kami ni, ada ke patut suruh akak tu pakai stokin (hahaha.. yg pakai stokin tu orang tengah pantang la)
So macam mana???
Tunggu la mak bidan sampai.
Mana? Tak sampai pun lagi.
Si suami dah tak keruan dah. Kejap pakai baju, kejap lagi bukak baju. Sabar bro..
Akhirnya sampai la sorang kawan bawak kereta kancil pinjam.
Akak yang nak bersalin tu, tak la nampak macam nak bersalin sangat time tu. Boleh tahan lagi kot. Tapi bila akak tu sampai kat muka pintu rumah, nampak akak tu macam sakit sangat nak bersalin.
Naik la kereta kancil g klinik. Kat situ spital takdak, ada klinik kecik aje. Aku pun disuruh la duduk kat seat belakang kereta sebelah akak yang sakit tu, sebelah lagi suami dia. Kat seat depan Suhana dan drivernya, member yang tolong cari orang skodeng bawah rumah tadi.
Punya la panik si driver ni tadi, masuk gear keta pun tak tahu ke mana dah. Alamak. satu hal la pulak. Tukar driver.
Pecut la selaju yang mungkin memecah keheningan pagi yang dingin lagi sejuk tu. Jalan simen yang berlekuk-lekuk tak menjadi halangan untuk memecut macam pelumba formula one agar sampai klinik sepantas mungkin. Dua orang sahabat mengekor dari belakang. Merempit selaju mungkin mengiringi pesakit yang dibawa ke klinik
Tiba-tiba
"Abe.. Nak tubik dah Be!"
Ah sudah la dah...
"Bee... nak tubik dah Bee...Arghhhh....!"
Alamak....
"Ti, sambut Ti!." Jerit Si Suami.
"Arghhh!!!!"
"Be... Tubik dah Be!!!!!"
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
"Sambuttt Ti!!!!"
"Macam mana?, macam mana?"
Kecoh betul dalam kereta kancil yang bergoyang-goyang tu.
Sah. Aku kena jadi bidan pagi ni..
Dup dap dup dap.. dap dip dup
Aku pun hulurkan tangan ke bawah dan dapat la aku merasa satu objek yang PANAS. Emm.. kepala baby.. Aku yang terketar-ketar pegang dan sambut la baby tu dari jatuh. Menggigil satu badan, jantung berdegup kencang. Tapi mujur masih boleh mengawal keadaan. Macam pro aje aku pegang baby tu. Nasib baik la aku ni ramai adik, jadi aku biasa la pegang baby yang masih lembik tu.
Alhamdulillah..
Selamat la kakak ni tadi bersalin dalam kereta kancil yang masih memecut laju.
Sampai ke klinik, ada la staf klinik yang meneruskan upacara perbidanan itu..
Aku masih lagi berdebar kencang.
P/S
* Semasa kami memecut laju dan sahabat kami merempit, tanpa kami sedar, kami telah dikejar oleh polis peronda yang menyangka kami race awal pagi.. Hehe lucu gak.
* Dua orang sahabat kami yang merempit tu, telah memulakan ikatan kasih sayang lepas peristiwa itu, dan bahagia sampai hari ni dengan dua orang cahaya mata.
* Aku tak tido sampai siang, dan mandi selama 2 jam, nak hilangkan kesan-kesan jadi bidan. Berpinar biji mata.
* Sebelum akak tu bersalin, dia makan jamuan BBQ sekali dengan kami dan tak ada pun nampak dia macam nak bersalin.
Ni la baby tu. Dah besar sekarang.
Jadi aku rasa, aku memang bidan yang bidan terjun..
Kepada kekawan ada bersama ketika itu membaca tulisan ini, marilah kita imbas kembali kisah-kisah kita bersama.
Terkasar bahasa tersilap kata, harap maaf yer..
* Ada satu kisah lucu yang aku nak gelak sampai pecah perut sampai hari ni. (Sorry tak boleh story kat sini, antara aku dgn Suhana sahaja) Haha.. Ko ingat lagi Sue..