Click klik

Tuesday, August 31, 2010

kasut budak 4 sale




Emm... Kasut anak yang baru dibeli tapi tak muat..
kasut ni beli kat bundle jek tapi still comeyy..
saiz 6.5K( kaki 6 inci bole muat)
kalau ada yang berminat bole contact my email : habibbhayati@gmail.com

Sold..

Friday, August 27, 2010

Mood malas + mengantuk..

Kenapa malas hari ni..

a. Hari cuti. Nak rehat sepuasnya
b. Mata mengantuk. malam tadi tido lewat
c. Takde motivasi untuk produktif hari ini
d. Memang malas


Apa jawapan yang paling tepat bagi soalan kenapa malas hari ini, walaupun banyak perkara yang boleh dibuat..

Tuesday, August 24, 2010

Cat baru..

Menjelang Hari Raya Aidil Fitri tak lama lagi ni, tentu kaum ibu sibuk buat itu ini,
pasal nak sambut raya. Bukan apa, setahun sekali kena la meraikan hari mulia ni.
Kuih raya??? Dah tempah dah.. hehe.
Kalau rajin nanti buat la sikit. Yang senang-senang aje.
Baju raya?? Dah tempah.Harap-harap siap
Rumah??? kena cat baru nie..


Tara!!!!

Cantik kan kaler baru rumah saya.. Hijau gitu, sejuk mata memandang

Saturday, August 21, 2010



Apa lagi nak masak..

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan, moga semua urusan berjalan lancar..
Urusan sendiri, setakat hari ni ok kot.. hehe

Tahun ni buat rekod baik
Sepanjang 11 hari berpuasa, tak miss lagi memasak..
Tapi Terawih tak pernah pergi
Maklumlah, anak-anak kat rumah ni tak boleh nak tinggal

So, apa nak masak untuk hari esok ????
Kite ni bukannya pandai ngat bab masak memasak, takat nak makan anak beranak tu bole la.

Dah kekeringan idea nak masak ni..
Selak-selak buku resepi pun tak jumpa la pulak yang berkenan di hati.
Ada yang berkenan, payah la pulak nak cari bahan..
Ada bahan nak masak, pusing-pusing sama aje menunyer.
Yang pelik-pelik sangat tak sempat pulak nak memasakner..
Yang kelas-kelas sangat tak pandai pulak nak memasaknyer

Nak makan ayam, tak larat dah rasanya..
Sotong, udang dah habis gaya masak dah..
Nak masak daging, Cik Abang tak mau pulak.
Pasal banyak sangat makan dah sebelum ni.
Makan ikan aje la dua tiga hari ni. Ikan tenggiri, tenggiri, tenggiri..
Goreng dah, kari dah, asam pedas pun dah..
So, ikan tenggiri boleh keluar dari senarai.

Ikan apa lagi yang ok. Masak ikan yang tak dimakan, nanti membazir pulak.
Ikan kembong goreng.. Emmm. Masak dah sekali hari tu, goreng dua ekor, sekor aje yang habis dimakan.

So, apa lagi erk... idea.. idea..
Ikan bilis aje la
Goreng pun sodap.
Potong bawang dengan cili sket..
Nyum.. nyum..
Makan pulak dengan nasi panas..
Bisa makan banyak.. wadduhh...


Jadi untuk hari esok, kite tengok la dulu apa yang nak dimasak,
Apa-apa pun syukurlah dengan nikmat makan yang kita ada..
Alhamdulillah..

Monday, August 16, 2010


Chek it out.. CHEK IT OUT...YO.. YO.. CHECK IT OUT.. CHECK IT OUT. YE YEH.. CENGKADAK.. CENGKADAK YE YEH..


Ni la antara pekakas yang ada atas meja..


Saksikanlah...
Betapa banyak buku atas meja..
Sama ada aku rajin bagi latihan kat budak atau aku lambat tanda buku..



Ini pula antara koleksi penting.. Folio yang belum masuk kotak dan buku kerja yang baru sampai dan tak guna-guna lagi.


Ni rak buku. Bawak khas dari rumah pasal nak ngemas skit zon kapal karam ni.


Tupperware yang lupa nak bawa balik.. hehe